Pengenalan Kepada Kelab

Tidak tahu Lundu di mana? Hmm...
Tidak tahu Lundu di mana? Hmm…

ANAK DALAM GADING

‘Anak Dalam’ dalam bahasa Salako bermaksud ‘Putera Puteri Terpilih dan Teristimewa’ dalam sebarang upacara masyarakat etnik Bidayuh-Salako dari daerah kecil Lundu. ‘Gading’ pula diambil bersempena nama Gunung Gading (yang mana juga terletaknya Taman Negara Gading) yang terletak bersebelahan dengan Lundu. Jadi, ‘Anak Dalam Gading’ bolehlah diertikan sebagai ‘Putera Puteri dari Daerah Gading yang Terpilih dan Teristimewa.’

Sehijau Gunung Gading yang menaungi lembah dan lurah daerah kecil ini, begitulah rata-rata usia ahlinya dari pelbagai kaum dan etnik. Penubuhan Anak Dalam Gading pada sekitar tahun 2005 di SMK Lundu adalah atas dasar ingin memartabatkan seni budaya bangsa khususnya dalam bidang seni tari. Bertitik tolak dari situ, Anak Dalam Gading sering membuat persembahan dan menyertai pertandingan bagi tujuan pendedahan dan mengasah bakat mereka agar kecintaan dalam seni tari bertunas sedari rebungnya.

SEJARAH PENUBUHAN

Kumpulan Tarian Pertama - Anak Dalam Tok'wi (2005)
Kumpulan Tarian Pertama (2005)

Kelab Giat Budaya SMK Lundu merupakan kelab yang ditubuhkan pada tahun 2005. Pada mulanya ia dinamakan Kelab Kesenian dan Kebudayaan SMK Lundu dan di bawah bimbingan 7 orang guru dan mempunyai ahli seramai 150 orang. Pada masa itu, sebagai kelab yang baru bertapak dan mula untuk mengorak langkah, pelbagai kekangan terpaksa diharungi terutamanya dari segi logistik dan kewangan. Namun, guru-guru dan ahli kelab bertekad untuk memastikan semua aktiviti yang dirancang dapat disempurnakan dengan jayanya.

Pada tahun 2008, nama kelab ini telah ditukarkan kepada Kelab Giat Budaya yang mana sekarang kelab ini adalah khusus kepada aspek tarian sahaja.

OBJEKTIF

  1. Mendedahkan pelajar kepada kesenian dan kebudayaan masyarakat pelbagai kaum di negara kita.
  2. Memupuk semangat cintakan kesenian dan kebudayaan masyarakat pelbagai kaum di negara kita.
  3. Mengembangkan bakat pelajar ke tahap maksimum.
  4. Meneruskan kesinambungan kesenian dan kebudayaan masyarakat tempatan.
  5. Mewujudkan semangat kerjasama, tolak ansur dan hormat menghormati ke arah mengeratkan perpaduan di kalangan ahli.
  6. Menjadikan SMK Lundu sebagai sekolah terbilang dalam aspek kesenian dan kebudayaan.
Bakal mempersembahkan tarian pertama mereka di Dewan Masyarakat Lundu sempena Hari Penyampaian Hadiah 2005
Bakal mempersembahkan tarian pertama mereka di Dewan Masyarakat Lundu sempena Hari Penyampaian Hadiah 2005
Bersedia untuk Persembahan semasa Bulan Kemerdekaan 2005
Bersedia untuk Persembahan semasa Bulan Kemerdekaan 2005

PERSEKITARAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUNDU

smk-lundu-05smk-lundu-06

Alamat sekolah:
SMK Lundu,
KM2, Jalan Lundu/Pandan,
94500 Lundu,
Sarawak

Untuk mengetahui mengenai SMK Lundu dengan lebih lanjut, sila layari:

Laman Web Rasmi sekolah

38 thoughts on “Pengenalan Kepada Kelab”

  1. bila tgk blog ni balik…rindu pulak dengan sekolah ni….banyak kngn yang telah tercipta…..apa-apa pun sy amat berbangga dengan sekolah ni kerana berjya mendidik pelajarnya dalam apa jua bidang

  2. Salam and hye to all warga sri gading..im ex stdnt from 1994-1998,just want to say sgt merindui sri gading.bab2 tarian,im so failed abaout that,tapi i jagoan dalam olahraga..harap ada rakan2 yang masih ingat,walaupun nama dah ada perubahan..masih sgt segar dalam ingatan,kenangan2 terindah di SMK LUNDU!!tangkap leleh uuu..walau apapun,sampaikan salam pada cikgu yang masih ada,speacily Cikgu Hamzah,Cikgu Suzy and bnyk lagi..Lupe nama daaaa..diharap,SMK LUNDU sentiasa success,and last sekali,thaks a lot to all my teachers,coz all of u,saya berjaya hingga ke hari ini dalam kehidupan..bye..

  3. hello…smk lundu thaniah tetap jadi juara di hati..uat eex-dancer smk lundu 2008 time di kuching..kenal lah kte penyanyi katogeri lelaki @ johan peringkat negeri

  4. hye warga2 smk lundu,,mek ex-student smk lundu,,rindu ada jak ngan skolh tok..cikgu suzie enit masih mngajar agik x dskolah ya? mun nya bca tok mesti nya ingat ex-studentnya thun 2007 nama suriana..cikgu suzie..su bangga sbb anak2 gading smk lundu smakin menyerlah..tahniah anak2 gading

  5. helooo..this club memang interesting..boleh tak saya dapatkan contact number?

    VAMP: Minta maaf yer. Our club doesn’t have its own number. Thanks for asking anyway.

  6. salam untuk semua…kalau ustaz khalid masih meletakkan kenangan di smk lundu di dlm hati..sy juga setia memahatkan nostalgia sepanjang mengajar di sana..sy percaya warga smk lundu mampu berjaya bila mana pertama kali mereka pernah menjuarai pertandingan drama suatu ketika dahulu di khucing..

    Tahniah untuk semua..salam

  7. assalamualaikummmmm semua guru-guru smk lundu yg masih mengenali saya us khalid mustafa.
    kenangan semasa di lundu masih segar di ingatan saya dan sesekali terasa nak ke lundu
    saya yakin masih ramai guruguru yg segenerasi dgn saya masih di sana kerana kebanyakan mereka orang lundu (nak kemana lagiii.)
    salam sayang untuk semua wassalamualaikummmmmmmm.

  8. walaupn aku ni dh pencen pd 2008 tp kenanggan msh segar d kpala hotakku…..sape knal kat aku krim slam ngan korang…salam ngan en patrick…perti enam boleh!!!!!!!!!

  9. Bila pertandingan tarian peringkat bahagian kuching?

    VAMP: Silalah baca blog kami dengan terperinci untuk mendapatkan maklumat tersebut 🙂

  10. Pertandingan tarian peringkat bahagian miri akan diadakan 16.04.2009 hingga 17.04.2009 bertempat di dewam masyarakat batu niah.SMK Subis merupakan tuan rumah untuk pertandingan tersebut.

    VAMP: Thanks for the info. Mungkin Bah Kuching ada Pertandingan Tarian ASAT pada masa yg sama. Good luck!

  11. ye.memang betul.guru kami lah tu.cikgu kami tu memang berpengelaman dalam bidang seni tari ni.memang tahun ni mereka menghantar pasukan untuk bertanding.sekarang ni mereka tengan membuat latihan untuk bertanding.

    VAMP: Ok 😀 Eh, apa pulak jadi pada blog Gong Tok Desa. Teruskanlah, kan masih aktif lagi tu.

    1. Ya, bermungkinan. Sekarang mereka sudah ada cikgu/jurulatih tarian yang baru yang memang aktif dalam bidang seni tari, jadi sudah tentu beliau, dengan sokongan pihak sekolah ingin menghantar pelajar2 untuk bertanding buat kali pertama. Cikgu/Jurulatih kamu org dulu tu kan. 🙂

  12. 17 dan 18 april 2009.bertempat di dewan masyarakat batu niah.smk subis jadi tuan rumah sempena festival tari sekolah bahagian miri.

    VAMP: Ohh… Beberapa bahagian pada bulan April. Kuching jak lom kompom bila. Mmm.. Thanks for the info 🙂

  13. hai,apa khabar ADG.Kumpulan GONG TOK DESA sekarang ni tengah buat tarian untuk pertandingan.susah sikit tahun ni.banyak cabaran di buatnya.namun begitu kumpulan GONG TOK DESA tak akan berputus asa,walaupun cikgu kami dahulu dah berpindah,kami akan berusaha yang mungkin untuk memajukan kumpulan kami.maklumlah tahun ini sekolah kami orang jadi tuan rumah untuk pertandingan bahagian miri.

    VAMP: Baguslah. Bila pertandingan tarian sekolah2 menengah di Miri?

  14. Kumpulan GONG TOK DESA berasa lega sedikit,kerana adanya guru yang baru membimbing kumpulan ini.Diharap guru yang baru ini dapat membimbing kumpulan ini terus maju pada masa hadapan.walaupun begitu,kumpulan gong tok desa pada tahun ini akan bertanding juga.Ini disebabkan ckg kami yang lama tu nak kan kami bertanding juga.Tak ape lah.tarian dah pun siap.hanya nak tingkatkan lagi ketangkatasan penari.

    VAMP: Ahh… baguslah. Jadi kumpulan tarian & blog anda, teruskan yer… 🙂

  15. Tidak dapat kami tahan rasa sedih,kerana ckg yang kami sayangi telah meninggalkan kami semua.hanya dengan tangisan sahaja yang dapat kami katakan bertapanya kami memerlukan ckg ini.walaupun tahun ini kami tidak dapat meneruskan pertandingan,semoga guru yang baru menggantikan guru yang lama akan meneruskan perjuangan dalam bidang seni.masa itu sangat cepat berlalu…

    VAMP: Ala… Takpe lah… Mungkin akan ada cikgu yg lain nanti.

  16. Tidak dapat kami katakan apakah yang akan terjadi kepada kumpulan kami.namun begitu semangat kami yang mendorong kami untukl meneruskan perjuangan dalam bidang tarian.semoga ADG meneruskan perjuangn dalam bidang seni.

    VAMP: Wokeh, tengkiu… Harap2 korang pun dapat teruskan kumpulan korang. 🙂

  17. Kumpulan Gong tok desa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ADG yang telah banyak meluangkan masa pengelaman perkembangan tarian.Niat kumpulan gong tok desa tak kesampaiaan tahun ni.disebabkan Cikgu kami akan berpindah ke sekolah seni di kuching.Kemungkinan kami akan tidak menghantar pasukan untuk bertanding tahun ni.tiada orang lagi yang kuat untuk memegang jawatan sebagai jurulatih tari.Cikgu yang kami sayangi ini akan berpindah ke sekolah seni.Namun bergitu kumpulan ini tidak akan muncul lagi dengan tiadanya guru yang membimbing kami lagi.Laman blog kami pun tak akan diteruskan lagi.Semoga ADG akan meneruskan perjuangan dalam bidang seni.

    VAMP: Ooo :shock:… Terkelu lidah… Hmm… Tapi tahniah kepada cikgu anda yg dipindahkan ke Sekolah Seni Kuching.

  18. Yang tarian Asat tu bila ia.?kami orang belum sedia lagi.tak tahu lagi sekolah mana yang mewakili bahagian miri.

    VAMP: Taktau pulak ASAT bila. Sek2 Menengah pun taktau lagi. Tak ada berita apa2 pun di Kuching ni. Tapi biasanya bulan 3-4-5 lah kan….

  19. buat masa ini kumpulan gong tok desa terpaksa meneruskan latihan seperti biasa.sekarang ini,sekolah kami orang tiada sesi persekolahan 2 hari ini.banjir lah.tak dapat nak buat apa2.latihan diteruskan seperti bisa,daripada tiada apa2 nak dibuat.
    Bagaimana persediaan ADG untuk pertandingan tahun ni?dah sedia ke…..kami orang pun buat secara pelahan.apa kata orang..?biar lambat asal selamat…..

    VAMP: Ohh.. banjir. ADG take it slow too, byk budak baru. Lebih kepada ajar asas & lembutkan badan.

  20. Hai,apakhabar ADG.Kumpulan GONG TOK DESA sekarang ni tengan sibuk untuk latihan intasif sepanjang cuti tahun baru cina ni.

    VAMP: Oh baguslah. Update kan blog kitak. Hehe…

  21. Hai….saya Augless Jinie, ingat lagi tahun pertama penubuhan kelab ini saya ada juga ikut uji bakat dengan abang Fred….ingat saya yang dipanggil baju RED HOT CHILI PEPPER tu… dan Baju XY… saya terpilih menyertai petandingan tetapi keluar disebabkan nak balik kampung hehehe…tapi gud luck saya bangga sekolah saya ada di mata dunia…kini saya merindui kesenian ini saya juga student pertama dari Lundu masuk POLITEKNIK MUKAH…hee..bye to u all LUNDU BOLEH..

    ewek83: Oh… Ingat3x… kamu Appex kan? Selampit girls…

  22. Hai.saya daripada kumpulan Gong Tok Desa (SMK SUBIS)
    kami selalu mengikuti perkembangan semas mengenai blog ADG
    Kalau boleh kita boleh berkongsi pengelaman dalam bidang tarian.
    ini Blog kami org

    gongtokdesa.wordpress.com.my

    VAMP: Wow, bukan main gik promotion utk weblog kitak. Apa kata kitak register dalam GOOGLE?

    salam perkenalan…….

  23. wah besak nye pkembngan korg,,,,,,, Sape yg wat ni??????? SAlam kat sume…. bangge ah wlaupun dah pencen…. trasa lae wilson ckp yg kurus jadi gemuk….. aniwei keeep it up guys @ gurls….. Hidup ADG

    VAMP: So, kamu dah main berisi skrg? 🙂

  24. wow..its a cool intro..wat a rapid progress u had guys..great achievement ever….hurmm 1 thing 4 sure jst like d remark above..yg kurus jd gemuk..i can noticed that esp the teacher yg kiut miut tu..hahaha….back in 2005 he looked 15 yrs but in 2008 he jst look like 18..haha….peace 2 u all guys….jst keep up d gud work & keep gaining more & more awards in yrs 2 come yaa…!!!

  25. huhu..best kenangan2 dulu, da yg kurus jd gemuk dah skrg n sblknya… :p huhu..nice page..nnt sy promotekn. 🙂

    Thanks Wilson! 🙂 Promote it in your myspace & Friendster k!

Leave a comment