Pertandingan Tarian Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2008 berlangsung pada 17 Ogos 2008 lalu, 9.00 pagi – 5.00 petang, bertempat di Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu.

Keputusannya:

Kategori Sekolah Rendah:

1. Johan          – Negeri Selangor

2. Naib Johan – Negeri Sarawak

3. Ketiga        – Negeri Sabah

Kategori Sekolah Menengah:

1. Johan          – Negeri Terengganu

2. Naib Johan – Negeri Selangor

3. Ketiga        – Negeri Sabah

Keputusan bagi sekolah menengah adalah amat mengejutkan kerana semua kumpulan tarian ‘favourite’ untuk menang atau ‘top 3’, nampaknya mmm…. Sebenarnya semasa pertandingan berlangsung, kumpulan yang dilihat mempunyai potensi adalah kumpulan dari Sabah, Sarawak, Johor dan Melaka. Namun, keputusan hakim/juri profesional adalah muktamad. Oleh itu, kita jadikan ia sebagai penanda aras (benchmark) dan panduan untuk pertandingan tahun hadapan.

Berikut adalah video berita berkenaan pertandingan tersebut, yang dipetik dari laman EDUWEBTV Kementerian Pelajaran Malaysia.

copyright@eduwebtv.com

RAYUAN:

Sejak keputusan diumumkan, banyak pihak mempertikaikan keputusan hakim/juri. Ada yang memberi komen yang agak kasar berkenaan penganjur, tempat penganjuran, keputusan hakim/juri dan tahap profesionalisme mereka. Saya merayu kepada semua pembaca blog yang memberi komen supaya tidak menjadikan laman blog ini tempat melepaskan geram. Beberapa komen yang pedas dan kasar terpaksa ditapis atau dipadam. Jika anda ingin memberi komen, silalah memberi komen yang membina agar dapat kita manfaatkan pada masa mendatang. Maaf jika ada yang terasa.

Komen/Pendapat saya sendiri; kali ini hakim/juri ingin melihat keaslian gerak tari dan bukannya pada kecantikan koreografi semata-mata. Bagi mereka, ini adalah pertandingan tarian, bukannya persembahan tarian yang mana tumpuan persembahan adalah untuk menghibur. Gerak asli tarian diutamakan pada pertandingan kali ini. Sekian, kalau salah, sila betulkan…