Pada 12 Julai 2008 lepas, Pertandingan Tarian ASAT (Anugerah Seri Asrama Terbilang) telah berlangsung dan SMK Lundu, yang mewakili pasukan tarian dari Sarawak telah menjadi Johan. Naib Johan pula disandang oleh pasukan dari Sabah dan tempat ketiga adalah pasukan dari Pahang.

Kemenangan amat tidak disangka-sangka, kerana Sabah telah memberi saingan yang amat sengit. Sebenarnya, SMK Lundu hanya mengharapkan paling tinggi pun mendapat naib johan sahaja. Tahniah kepada penari-penari serta guru-guru SMK Lundu yang telah memberikan sepenuh tenaga dan usaha mereka untuk mencapai tahap tersebut. Berikut adalah video tarian dari pasukan SMK Lundu yang baru di upload ke Youtube.

Advertisements