Sedang tekun berlatih
Sedang tekun berlatih

Mmm… sekolah buka pada 25 Ogos. Tapi pada Ahad petang, 24 Ogos, para penari baru dan lama diminta datang sebagai latihan mingguan wajib. Nampaknya, lebih separuh daripada penari baru tidak menghadirkan diri, terutamanya lelaki. Masih demam cuti kot. Sepatutnya lebih kurang 50 penari yang datang.

Penari baru direkrut pada awal bulan Ogos ini tadi kerana hampir separuh penari lama akan ‘berpencen.’ Al maklum, lepas SPM & STPM, semuanya berterabur didunia luar nanti.

Dari ‘audition’ yang telah dijalankan, ramai yang mempunyai bakat terpendam rupa-rupanya. Ada yang sekadar menjadi penari kampung mereka sendiri sebelum ini, ada bekas penari sekolah rendah dan ada juga yang tidak pernah menari dan sekadar mencuba. Ada jugalah yang tidak berbakat langsung. Heh heh…. Tetapi tidak salah mencuba kan. Yang berbakat ini akan diminta untuk berlatih sepanjang tahun, sehinggalah tahun hadapan untuk persediaan pertandingan yang seterusnya.

Tarian yang dipaparkan pada video ini adalah sekadar latihan kepada mereka. Dikoreograf secara spontan pada petang itu juga. Sekadar melatih mereka supaya biasa dengan gerakan tarian dan sambil itu, melihat potensi mereka sama ada dapat menghafal dengan cepat atau tidak, postur badan dan juga penghayatan. Yalah kan, kekadang tu, surat jemputan bertanding datang 2 minggu sebelum pertandingan. Mana tak kelam kabut!

Tahun 2007, 1 1/2 minggu sebelum bertanding, barulah surat jemputan bertanding, dengan syarat-syaratnya yang baru, muncul. Mana tak haru biru dibuatnya. Dapat juga habiskan 2 tarian (Melayu & Etnik) dalam masa yang tersangat suntuk itu. Bangga dengan penari ‘Anak dalam Gading’ nih. Tetapi bukannya nak menyalahkan sesiapa, mungkin masa tidak mengizinkan.

Oh ya, dalam video ini, yang dibelakang adalah penari yang baru, di depan yang lama untul ‘lead’ penari yang baru. Maaf, video tidak jelas, diambil dengan handphone sahaja.