Keputusannya, secara ringkas:

Johan Keseluruhan : Universiti Tun Abdul Razak, Sarawak (UNITAR)

Johan Tarian Asli : Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Johan Tarian Kreatif : Universiti Teknologi Mara, Sarawak (UiTM)

Kostum Asli Terbaik : Universiti Tun Abdul Razak, Sarawak (UNITAR)

Kostum Kreatif Terbaik : Universiti Putra Malaysia, Bintulu (UPM)

Pada festival ini, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) Sarawak dinobatkan sebagai juara keseluruhan sekali gus merangkul Piala Ketua Menteri.

Unitar merupakan naib juara bagi kedua-dua kategori tarian asli dan kreatif di samping merangkul piala pemenang kostum terbaik. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM7,000.

Sementara tuan rumah UiTM Sarawak dinobatkan juara bagi kategori kreatif sekali gus meraih wang tunai berjumlah RM5,000 dan piala. Penyandang juara, Universiti Tanjung Pura meraih tempat ketiga dalam kedua-dua kategori.

Manakala *tuan rumah Festival tari Borneo edisi ketiga (2010) iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) balik dengan gah apabila menjuarai kategori asli dan membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta piala.

(sebahagian petikan Borneo Post Online, 31 Ogos 2008)

*Pembetulan. UiTM Sabah akan menjadi tuan rumah Festival Tari Borneo edisi ketiga (2010).

Berikut adalah ‘scan’ dari The Sunday Post, 31 Ogos 2008.

Jika anda ingin membaca berita mengenai festival ini dari laman web UNTAN (Universitas Tanjung Pura), sila klik di sini.

1. Sedutan video pada hari ketiga festival, yang dipertontonkan di dewan, tarian-tarian persembahan pada  2 hari pertama sebelum acara diteruskan.

2. Sedutan video keseluruhan tarian-tarian yang dipertandingkan, diolah oleh saya sendiri.  🙂

Advertisements