Beginilah sesi latihan yang kami jalankan....
Beginilah sesi latihan yang kami jalankan....

Hari ni merupakan latihan pertama bagi kelab Anak Dalam Gading dalam bulan puasa. Latihan bermula jam 9am hingga jam 12pm. Sambung jam 2pm hingga 5pm dan latihan malam dari jam 8.30pm hingga 11pm. Latihan ni dijalankan untuk mencari bakat-bakat baru di SMK Lundu. Syukur kerana banyak yang menghadiri sesi latihan.

Sepanjang hari ini, 4 buah tarian telah disiapkan. Semua tarian tersebut adalah untuk persediaan bagi Majlis Graduasi Tingkatan 6, Majlis Anugerah Cemerlang 2008 & Majlis Wanita PBB yang akan diadakan selepas cuti Hari Raya ini… Memang busy jugalah kelab ni… Saya yang paning kepala nak siapkan tarian. hehehe… 🙂

Untuk tarian persembahan kali ini, saya ingin mencuba beberapa teknik yang pernah saya pelajari dari Pontianak, Kalimantan Barat. Nak kata cantik tu, inda taulah. Ini masih dalam proses eksperimentasi. Gerak masih kasar dan pecahan belum lagi diolah baa… Hanya gerak asas setempat je. Almaklumlah, tarian ‘express’ mau disiapkan dalam sehari.

Ni video sesi latihan kami pada waktu malam yang baru je tamat tadi. Komen-komen lah sikit ya pasal tarian tu, walaupun video tu bukan sepenuhnya.

Melalui komen anda, ia akan dapat membantu saya untuk memperbaiki mutu persembahan kumpulan Anak Dalam Gading di masa hadapan…. Terima kasih banyak2 atas sokongan anda!!

Fred a.k.a ewek83