Giat Berlatih
Giat Berlatih

Seperti biasa, hujung minggu ini tadi, latihan tarian dijalankan. Bagi kami, latihan tarian haruslahlah menjadi aktiviti yang berterusan. Barulah badan tu tak berkarat, yer tak? Sekarang ini, Kelab Giat Budaya diberi tanggungjawab untuk membuat persembahan sempena Majlis Anugerah Cemerlang 2008 pada 6 November. Pada 1 November pula, Majlis Graduasi Tingkatan 6, di mana tarian yang lain pula akan disediakan. Ini belum termasuk untuk Majlis Sambutan Hari Raya Wanita PBB. Waduh…. Tetapi pada minggu ini, kami hanya menumpukan perhatian untuk tarian pada Majlis Anugerah Cemerlang 2008.

Seperti yang anda lihat pada gambar dan video di sini, ramai penari yang akan membuat persembahan pada hari tersebut. Saja bagi peluang untuk semua penari baru menunjukkan bakat mereka. Beri mereka semangat untuk berlatih dan memperbaiki skil mereka. Sekurang-kurangnya datang berlatih ada tujuannya. Tarian baru siap, jadi kelam kabut sikit. Ada 1 ½ bulan lagi untuk latihan. Minggu depan mesti siapkan 1 lagi tarian, dan minggu seterusnya… dan seterusnya….

90% penari baru, hampir semua tingkatan 1 dan 2. Kalau berpotensi dan berdisiplin, boleh masuk pasukan penari elit untuk dihantar bertanding atau membuat persembahan di luar sekolah. Setakat ini, beberapa orang dilihat sebagai berpotensi. Masalahnya, badan kecik molek terutamanya lelaki! Yalah, masih tingkatan 1 & 2. Tahun hadapan harap-harap membesar sebagai johan! Yang lama banyak dah pencen sebab menumpukan perhatian kepada SPM & SPTM yang akan datang. Yang mengambil PMR, datang untuk menolong. Selepas PMR nanti, kembali aktif. Sekian laporan untuk minggu ini🙂