Yah yah...
Semua ke kiri.. eh, kanan... eh, kompius...

Hujung minggu, latihan lagi. Takde rehat. November ada show. Huhu…

Seperti yang anda lihat gambar di atas, ada almari untuk pelajar asrama di belakang, yang baru tiba pada Jumaat lepas. Ikhsan dari Yayasan Sarawak untuk Asrama SMK Lundu. Terima kasih Yayasan Sarawak!

Perasan atau tidak yang penari semakin sedikit? Mereka ini sebenarnya dipanggil khas untuk sesi pemilihan penari elit yang bakal membuat persembahan atau pertandingan pada masa akan datang. Pelbagai gerak tarian, senaman dan cabaran yang terpaksa mereka harungi sebelum pemilihan akhir dibuat. Ahad petang barulah berakhirnya sesi pemilihan dan nama yang layak telah diumumkan di depan semua mereka. Lebih kurang 20+ yang terpilih. Dapat tepukan gemuruh, chewah… Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa, jika ada persembahan sekolah, mereka akan tetap dipanggil. Latihan biasa pun akan dipanggil juga untuk melembutkan badan. Jangan jadi keras balik…

Saya tidak akan memuatkan video sesi latihan buat masa terdekat. Maaf kerana mengecewakan anda 😦 Alasannya, takut ada orang curi gerak tari… whuahahaha…. 😀 Tatapilah gambar-gambar di bawah sebagai penganti 🙂 Sekian laporan untuk minggu ini.

Wah, sampai ke malam!
Wah, sampai ke malam!
Lompat!
Lompat!
Main apa nih?
Main apa nih?
Aik? Perempuan pun buat? Ganas...
Aik? Perempuan pun buat? Ganas...
Lambung lagi tinggi! Yah yah...
Lambung lagi tinggi! Yah yah...
Dah cukup main tu! Berlatih tarian balik!! Saya kira, 1... 2... 3... 4...
Dah cukup main tu! Asyik nak enjoy jer. Berlatih tarian balik!
Advertisements