Sebelum sekolah bercuti seminggu sempena Hari Raya, para penari telah dimaklumkan bahawa tiada latihan untuk 2 minggu yang akan datang. Bermakna tiada latihan semasa cuti raya.

Sedang enak bercuti, dapatlah pangilan dari penari-penari Lundu mengatakan mereka sangatlah bosan bercuti dan alangkah best kalau dapat buat latihan tarian semasa cuti. Wah, sejak bila pula pelajar sekolah bosan bercuti? Jadi kami membuatlah perancangan, latihan hujung minggu tersebut, Sabtu dan Ahad, sebelum sekolah dibuka semula, untuk para penari yang ingin datang sahaja.

Hairan pula Pak Guard sekolah melihat pelajar berkobar-kobar (dalam erti kata lain, kecoh & bising), menunggu di dewan sekolah semasa cuti (semasa suasana sekolah tengah senyap sepi, tiada orang langsung), menunggu untuk memulakan latihan tarian. Itulah ceritanya latihan semasa cuti raya, dimana cuti raya kami terkorban sedikit…🙂

Penari senior, Jimmy, sedang melatih penari baru.
Penari senior, Jimmy, sedang melatih penari baru.
Fred melatih penari
Penari sedang tekun berlatih dan mendengar tunjuk ajar.
bfgghf
Penari-penari dibahagikan kepada dua kumpulan.