Kenangan Tahun 2006

Kejayaan terbesar pertama bagi kelab yang pada ketika itu baru berusia setahun jagung, adalah dinobatkan sebagai johan bagi Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Menengah 2006 di Johor.

Pada bulan April tahun itulah kali pertama Kelab menghantar kontijen tarian hanya sekadar untuk menimba pengalaman tanpa mengharapkan apa-apa. Kemenangan pertama, iaitu pertandingan di Peringkat Bahagian Kuching, adalah amat tidak disangka-sangka, terutamanya selepas melihat persembahan hebat dari SMK Pending dan SMK TAH Openg.

Kejayaan kedua pula menyusul di Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Bahagian Sarikei, sekaligus mewakili Sarawak.

Bila berada di Johor pada bulan Ogos itu, kami tergamam tidak terkata pabila menyaksikan persembahan kontijen Sabah, yang diwakili oleh Maktab Sabah, semasa membuat penyesuaian pentas malam sebelum hari pertandingan. Itu belum lagi pada hari pertandingan, siap dengan props dan berpakaian lengkap! Memang hebat penari-penari dan koroegrafi Maktab Sabah pada ketika itu.

Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa dedikasi para penari dan guru-guru pembimbing tari yang bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan dan mengharumkan nama kelab, sekolah dan negeri pada ketika itu. Juga kepada Pengetua kami pada ketika itu, Encik Narawi serta isteri, atas sokongan penuh yang telah diberikan sepanjang tahun tersebut.Terima kasih semua.

Video di bawah adalah didedikasikan untuk semua. Penari-penari tersebut sudah tiada di SMK Lundu (ada yang sudah meneruskan pengajian dan ada yang sudah bekerja) – Anas, Along, Ayu, Syl, Anus dan Ka Phin. Yang masih di sini pula – Gilbert, Wilson, Liza, Naza, Sandra dan Nick.

1. Video Pertama adalah aksi Cikgu Ambai (berbaju merah) serta penari-penari di tepi pantai, beberapa hari sebelum beliau meninggalkan SMK Lundu. Tanpamu, kejayaan ini tidak mungkin dapat kita kecapi. Huhu..

2. Video kedua pula adalah diolah dan diedit oleh Wilson Tan. Berkenaan aksi penari-penari terutamanya.

Advertisements

Published by

CKn

Just like another human being

4 thoughts on “Kenangan Tahun 2006”

  1. Well actualy, im touch bila anak2 sarawak semakin tahun menempa kejayaan dalam bidang tarian. Since i watch korang bertanding di JB, masa tu i tgh wat Master di UTM, i semakin “jatuh cinta” dgn ADG SMK Lundu. Tahun demi tahun akan melihat perkembangan korang. Oh ya, i ni dulu dancer Sri Lintang, SMK Batu Lintang, so dlm tahun 1992-1995 sekolah i paling teruk pun No.3 dalam festval tari tak kira dalam negeri mahupun kebangsaan. Namun syg sejak hilangnya kami, sekolah tu terkubur.. dan doa i semoga SMK Lundu akan terus gemilang.. sbb i dah syg kumpulan ini.. lagi satu “bunuh” kan SMK Openg.. tu memang musuh ketat sekolah i dr dulu lg.. hehehe.. chaiyok SMK Lundu..

    VAMP: La… Takkan nak ‘bunuh’ sekolah lain. Kitaorg kat atas pentas mmg la ‘perang’ tapi kat luar kitaorg baik jer dgn sapa2. Cikgu Batu Lintang yg koreograf tu, lupa nama dia, yg bangsa Cina tu, ok wat. Very nice and friendly. 🙂

  2. huhu..
    windu giler la time practice ngn cikgu ambai n geng2 podi..
    kenangan paling manis dlm hidup..
    Anak Dalam Tok Wi dalam kenangan…
    now,known as Anak Dalam Gading…
    hehe…

    VAMP: ADTW –>ADG … sama la tu…. Keahlian anda automatik diupgrade… hehehe

  3. well emm,..
    except sad i dun know wht to say more..
    it was a great momment 4 us all..
    we all really kinda missing tat momment
    we laugh..we cry… n some times we fight (just 4 fun).. lol ^^
    i can’t find these feel after 2006..
    i dun know y..even 2007 n 2008 r better than 2006..
    hahaha.. but i really enjoy all da time..
    we wanna thx all teacher (sir colin, mdm sizie, mdm sarong, mdm mimi)
    n our abg2 (abg fred, abg jack, abg ambai) huhu…^^
    missing abg ambai so much cz we learn “how to smile” from him..lol ^^
    when we smile then we will said “senyum mcm abg ambai!!!” hahaha… ^^ it’s funny n happy momment…
    n not forget our abg fred n jack too ^^
    feel sorry too cz sometime we didnt serious in practice.. gomenasai fred sang…
    n bout abg jack…he’s gud in cooking 😀 love his cook eventhought just a simple cook (just only tried once in my lifetime, hahaha…)
    hmm…i think tat all 4 nw..gambateh ADG.. ^^

    VAMP: Remember ‘Feeling Cantek & Confident’ (FCC) tips from Ambai… Huhu… Or the warming up session with that indon techno dangdut songs. The year was very memorable becos we expect nothing but having fun and enjoying the ride. As a newly formed Club, with a limited number of members (recruiting new members, especially the male species, were tedious – have to scout and hunt for talents, as no one wanted to join a ‘you know what people labeled’ club), winning the competition was actually a great bonus for us. Wouldn’t exchange the wonderful year for the world! Sigh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s