Festival Tari merupakan pertandingan tarian yang boleh dikatakan yang paling top lah dalam segala pertandingan tarian yang di pertandingkan di Malaysia ni. Ia dijalankan secara berperingkat dari peringkat Daerah, Zon/Bahagian, Negeri dan akhirnya Kebangsaan. Pertandingan tersebut terbuka kepada mana-mana kumpulan profesional ataupun amatur. Bila saya baca-baca syaratnya pada tahun ini… Tiada had umur untuk menyertai… Jadi, apa salahnya Anak Dalam Gading menyertainya kan….?

Mmmm... ADG buleh baa....
Mmmm... ADG buleh baa....

Bukan untuk mengharapkan apa-apa (mana dapat bersaing dengan kumpulan profesional, kami ni hanya kumpulan sekolah je…), saya bersama guru-guru yang lain berpendapat bahawa pertandingan ini baik untuk mendedahkan penari-penari ADG kepada suasana festival tari. Mereka akan dapat mempelajari bagaimana penari kumpulan-kumpulan yang memang sudah lama bergiat aktif dalam bidang tari ini, bergerak dengan bentuk postur yang betul, bagaimana sikap diatas pentas dan semangat berkumpulan itu terjalin dan membara dalam setiap kumpulan.

So… Hari ini kami memulakan latihan pertama kami untuk festival tersebut. ADG akan menyertai dalam Peringkat Zon 1 (Kuching/Kota Samarahan) di Sarawak. Pertandingan tersebut akan berlangsung pada 8 November 2008. (Wargh!!! Masa dah singkat……)

Pada tahun ini setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan 4 tarian dalam 2 kategori.

Kategori A : Tarian Tradisional

1) Tarian Daerah – (5 minit)

2) Tarian Rampaian Tradisional (Asli, Zapin, Joget, Inang) – (10 minit)

Kategori B : Tarian Kreasi Baru

1) Tarian Tradisional Kreasi Baru – (10 minit)

2) Tarian Kontemporari – (5 minit)

Hmm… Banyak tu… Harap kami dapat menyiapkan kesemua tarian itu dengan secepat mungkin dan dapatlah nak ‘polish’ baik-baik…. Kena perah otak habis-habisan ni… harap Budak-budak dapat beri kerjasama…

Chow…!!!

Fred a.k.a ewek83