Latihan intensif telah dijalankan dan akhirnya hampir semua tarian untuk Festival Tari Malaysia 2008 Zon I Sarawak sudah hampir siap. Cuma tarian kontemporari terpaksa diubah 80% dari yang asal.

[rockyou id=125543875&w=436&h=330]

Selain menari, aktiviti lain yang kami buat ialah masak-memasak untuk semua yang terlibat, seperti yang anda boleh lihat di atas. Jadi tidaklah tension menari semata-mata. Relaks sekejap dari rutin menari.

Selain itu, latihan untuk persembahan ‘Dia Datang’ oleh lebih 40 orang penari-penari SMK Lundu telah dijalankan, bersempena Majlis Graduasi Tingkatan 6 pada Sabtu hadapan (1 November 2008).