Festival Tari Peringkat Zon 1 (Kuching/Samarahan)

Horray!!! Anak Dalam Gading mendapat Tempat Ketiga di Festival Tari Peringkat Zon 1 (Kuching/Samarahan). Kami membawa persembahan seperti berikut di festival tersebut;

Tarian Daerah : Tarian ‘Ngoncong Bawangk’ (Suku Salako)

Tarian Rampaian Tradisional : Tarian ‘Pucuk Rebung Gading’

Tarian Tradisional Kreasi Baru : Tarian ‘Simijog’

Tarian Kontemporari : Tarian ‘Fana’

Tempat Ketiga....Gambar beramai-ramai selepas keputusan diumumkan. Pakaian yang digunakan adalah pakaian Kontemporari Tarian ‘Fana’. Saya sangat berpuas hati dengan persembahan mereka, kerana 9 daripada 16 penari ini adalah penari baru yang ditangkap muat (dipaksa join…) Hahaha… Telah membuat persembahan ke tahap yang amat membanggakan saya dan juga guru-guru yang lain. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka semua!!!!

Johan Festival Tari Zon 1 (Kuching/Samarahan)
Johan Festival Tari Zon 1 (Kuching/Samarahan)

Melalui festival ini, budak-budak telah melihat dan membuat pemerhatian pada 2 kumpulan (Bayu UNIMAS & Kesenian Petra) bagi mereka memperbaiki kualiti persembahan mereka secara individu & juga secara berpasukan. Memang banyak yang telah mereka ‘dapat’ daripada festival tersebut.

Akhirnya segala tekanan sudah pun lepas. Nda payah lagi mau tension-tension. Budak-budak pun boleh berehat sudah. Mereka juga enjoy kerana masa cuti mereka diisi dengan aktiviti pertandingan. Lepas ni masing-masing balik ke kampung. Cuma tinggal 5 budak lelaki & 5 budak perempuan akan menyambung latihan untuk ke Perhimpunan ‘Kami Kanak-Kanak & Remaja Merdeka 2008’ di Johor nanti pada 15-21 November.

Kepada kumpulan-kumpulan yang berjaya, kami ucapkan tahniah. Dan bagi kumpulan-kumpulan tidak berjaya, jangan kecewa lah, memang adat bertanding ada kalah & menang. Lain kali cuba lagi…

Pesanan : Jangan lupa jumpa dengan hakim-hakim untuk bertanya apa kelemahan kita, supaya lain kali kita tidak mengulangi kesalahan yang sama… bagi kita semuanya sempurna, tapi di mata hakim, banyak lagi kekurangan yang kita tak sedar….

Berikut ialah video tarian kreatif Kumpulan Sri Tanjung yang dinobatkan Johan Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2007.

Advertisements

4 thoughts on “Festival Tari Peringkat Zon 1 (Kuching/Samarahan)”

  1. tahniah adg..kami semua tumpang gembira dengan kejayaan anda semua…malam ni nak serap tenaga adg…hehehe…hopefully we can do what u do…

    VAMP: Nah, bagi free jer… Hehe… 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s