Kumpulan Penari & Guru Pembimbing yang ke Johor
Kumpulan Penari & Guru Pembimbing yang ke Johor

ADG telah diberi penghormatan untuk mewakili Sekolah Menengah dari Sarawak untuk ke Johor pada Sabtu, 15 November 2008 bersempena Perhimpunan Kanak-kanak & Remaja Merdeka 2008. 10 orang pelajar dan 2 orang guru pembimbing akan berada di sana dari 15-22 November dan menginap di Hotel Selesa.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang  untuk kanak-kanak dan remaja yang datang dari seluruh negara ialah:

1. Persembahan Tunas Seni Budaya pada 21 Nov – 2.30pm,  yang merupakan kemuncak perhimpunan ini.

2. Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik. Saringan pada 16 Nov manakala akhir ialah pada 21 Nov, 8.00 pagi.

3. Kejohanan Congkak. Saringan pada 16 Nov – sepanjang hari.  Akhir pula pada 21 Nov – 8 pagi.

4. Pertandingan Mewarna sepanjang pagi pada 21 Nov.

5. Pameran Seni & Budaya juga sepanjang hari pada 21 Nov.

Berlatih tarian yang akan dibawa dengan berlatar belakangkan lagu-lagu patriotik
Berlatih tarian yang akan dibawa dengan diiringi lagu-lagu patriotik

Sedang rehat
Sedang rehat

ADG telah diberi penghargaan untuk mencari bakat-bakat pelajar yang boleh bermain congkak, menyanyi dan menari sekali untuk menyertai pertandingan tersebut. Bayangkan betapa kelam kabutnya mencari ahli kelab yang berbakat dalam ketiga-tiga perkara sekaligus. Tapi itulah cabarannya. Diharapkan ada kejayaan yang akan dicapai.

Jom pegi Johor Bahru! Yeah!
Jom pegi Johor Bahru! Yeah!