festival-tari-malaysia

Keputusan Festival Tari dari setiap zon:

1. Zon III – Sibu, Mukah & Kapit (20 Oktober 2008)

Johan         – Kumpulan Sri Swangsa

Naib Johan – Kumpulan Cenderawasih

Ketiga        – Kumpulan Red River Rhythm

Berikut adalah petikan dari Utusan Sarawak:


Sri Swangsa Johan Festival Tari

SIBU, Isnin – Kumpulan Sri Swangsa yang dipimpin oleh ldris Omar muncul johan Festival Tari Negeri, peringkat Zon III di sini malam semalam.

Selaku juara kumpulan penari terbabit akan mewakili peringkat Zon III ke pertandingan peringkat negeri yang dijadualkan diadakan di Kuching pada penghujung November ini.

Pada festival tari itu, Sri Swangsa yang menggondol hadiah wang tunai RM1,500, piala dan sijil, mengetengahkan tarian tradisional daerah – Ngalu Temuai; tarian rampaian tradisional – Sarung Berega; tarian kreasi baru – Tani dan tarian kontemporari – Kalong.

Tempat kedua dimenangi Kumpulan Cenderawasih dari Kapit untuk memenangi wang tunai RM1,000, piala dan sijil.

Bagi tarian tradisional daerah kumpulan itu mengetengahkan tarian Ajat Muka Rua;, tarian rampaian tradisional – Lenggok Remaja; tarian kreasi baru – Naku dan tarian kontemporari – Zapin Cenderawasih.

Kumpulan Red River Rhythm memenangi tempat ketiga untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM750, piala dan sijil. Bagi tarian tradisional daerah kumpulan itu mengetengahkan tarian Ajat Indu; tarian rampaian tradisional – Sari Budaya; tarian kreasi baru – Sari Kenyalang dan tarian kentemporari – Ajaa Nachle.

Seorang pekerja sosial terkemuka, Haji Hamden Haji Merais mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka, menyampaikan hadiah kepada pemenang. Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Sarawak, Chua Teck Luwei, Pegawai Penguasa KPSU Sibu, Joe Franzier Sawed hadir sama.

Utusan Sarawak – 21 Oktober 2008

2. Zon I – Kuching & Samarahan (08 November 2008)

Johan         – Kumpulan Bayu UNIMAS

Naib Johan – Kumpulan Kesenian PETRA

Ketiga        – Kumpulan ADG (Anak Dalam Gading)

Akhbar FTK Zon 1Utusan Sarawak – 10 November 2008

3. Zon IV – Bintulu, Miri & Limbang (10-11 November 2008)

Johan          – Kumpulan Sri Budaya Bintulu

Naib Johan  – Kumpulan Goldvoda dari SMK Balakong

Ketiga         – Kumpulan Adiwarna Sri Cahaya dari SMK Subis

Kumpulan lain yang bertanding ialah:

1. Kumpulan Sri Warna Limbang

2. Kumpulan D’Tari Lawas

4. Zon II – Sri Aman, Sarikei & Betong (15 November 2008)

Maaf, maklumat tidak lengkap.

Johan          – Kumpulan Panggau Libau dari Sri Aman

Naib Johan  – Kumpulan dari Sarikei

Ketiga         – Kumpulan dari Betong

Keputusan Festival Tari Sabah 2008

Pertubuhan Penari Kinabalu @ Sabah College Performers (Penari Maktab Sabah) telah memenangi Festival tersebut, sekaligus mewakili Negeri Sabah. Sila kunjungi laman blog mereka di sini.

//thetagaps.blogspot.com/
copyright@http://thetagaps.blogspot.com/
Advertisements