ADG Di Perhimpunan Kanak-kanak & Remaja Merdeka 2008

banner-di-johor

ADG (10 pelajar & 2 guru pembimbing) telah mewakili Sekolah Menengah dari Sarawak ke perhimpunan ini  yang diadakan dari 15-21 November 2008.  Sekolah Rendah pula diwakili oleh SK Semariang Kuching.

Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya dan Dewan Plentong telah digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti:

1. Persembahan Tunas Seni Budaya

Diadakan pada 21 Nov – 2.30pm di Dewan Serbaguna Johor Jaya dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Teng Boon Soon.

2. Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik.

Saringan pada 16 Nov di Dewan Plentong. Wakil sekolah menengah dari Sarawak (ADG) layak untuk ke peringkat akhir yang diadakan pada 21 Nov tetapi mendapat sagu hati sahaja.

3. Kejohanan Congkak. Saringan pada 16 Nov – sepanjang hari.  Akhir pula pada 21 Nov – 8 pagi. Seorang pelajar ADG layak ke peringkat akhir tetapi kecundang juga akhirnya. Namun peserta dari SK Semariang berjaya mendapat tempat kedua. Tahniah!

4. Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak) & Melukis (Remaja) sepanjang pagi pada 21 Nov. ADG tiada wakil.

5. Pameran Seni & Budaya yang sepatutnya diadakan sepanjang hari pada 21 Nov, dibatalkan.

Berikut adalah gambar-gambar pilihan ADG semasa di Johor dan video persembahan seramai hampir 2,000 kanak-kanak dan remaja:

Gambar-gambar ADG sepanjang berada di Johor:

[rockyou id=127273506&w=440&h=334]

Video Persembahan Tarian & Sketsa yang berlangsung pada 21 November di Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya:

1. Segmen Pertama – Lagu & Tarian Zapin dan Dia Datang

2. Segmen Kedua – Lagu & Tarian Iringan Rukun Negara

3. Segmen Ketiga – Sketsa & Lagu Kanak-kanak

4. Segmen Keempat– Persembahan Bendera Kita

5. Segmen Kelima – Lagu & Tarian Iringan Lagu-lagu Patriotik

6. Segmen Keenam – Lagu & Tarian Joget Pahang (Finale)

Berikut adalah petikan berita mengenai perhimpunan tersebut di Utusan Online:

2,000 pelajar sertai Perhimpunan Kanak-Kanak, Remaja Merdeka

JOHOR BAHRU 22 Nov. – Hampir 2,000 pelajar daripada 123 buah sekolah rendah dan menengah yang mewakili beberapa negeri berkumpul di Dewan Serba guna, Taman Johor Jaya di sini semalam bagi memeriahkan Perhimpunan Kanak-Kanak dan Remaja Merdeka.

Perhimpunan itu bertujuan memupuk semangat patriotisme, menyemai perasaan kasih sayang terhadap agama, bangsa, negara, seni budaya serta pembentukan generasi pemimpin dan pelapis masa depan.

Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Teng Boon Soon berkata, perhimpunan itu merupakan satu kesatuan padu daripada generasi kanak-kanak dan remaja yang bakal mencorak masyarakat akan datang.

“Saya yakin perhimpunan ini merupakan masa yang sesuai untuk mengeratkan hubungan pelbagai kaum melalui peringkat usia yang lebih awal,’’ katanya pada majlis Perhimpunan Kanak-Kanak dan Remaja Merdeka 2008.

Utusan Online, 22 November 2008

Advertisements

Published by

CKn

Just like another human being

46 thoughts on “ADG Di Perhimpunan Kanak-kanak & Remaja Merdeka 2008”

  1. Ari nie…genap 1thn P’hmpnn Knk2 & Remaja Merdeka diadakn…
    rindu gilerrrRR…!!! XD
    hrp sgt2 thn nie diadakn lg…
    …pleassssssseeeeee… =>
    nk jmp ngan sume yg g p’hmpnn nie…
    (n_n)

  2. uikkkk,farah_ted:),,,,,ku knal ko sgat..
    hehe,,fatin nadiah from melaka…miss that event sooo mch,,,,,,
    i’m willing this year,,,ade wat festival cam niee lagi,,,,,
    arrrr..,,nak sgat jmpe korang smula,,,,,rndu nyeeee,,,,,
    bdak,,selangor,sabah,serawak,errr,,sape lagi eakkkk,,ONE MALAYSIA..
    hehehe,,,,

    VAMP: Rasanya takde lagi menda ni. A one time thingy.

  3. hye sume…
    best giLerrRRR…mse kt JB nie…windunyeee…
    sye pn ade gak sertai perhimpunan kanak2 & remaja,
    memory yg indah n xdpt dilupekn…
    hrp dpt g lg,thanks kt ADG bab record kn memory kt sane…
    (n_n)…!!!

  4. Hye..cy pown p’nah menyertai PERHIMPUNAN ini…cy dpt bnyk frenz la kt cne..windu la suasane kt dewan johor jaya ngn dewwan plentong…tlong larr buat lg…cy nk jmpe kwn2 cy..mizz u all..

    1. ny abng merol kolah syed assan kerr???cy pun dri perlis gak n p’nah menyertai PERHIMPUNAN ny…kenangn kt cne x dpt d,lpe kn…klau ade buat lg kn best…mizz gilerr kt kwn2….

  5. hehehe…a’a smpai kne dera kn…yla hrp2 thon 2009 nie die wt lagi…klau nk mntk byar duet skit p0n xpe la…tp jgan trlmpau bnyak sdah la…huk.huk.huk

    VAMP: Yer yer… 🙂

  6. huh..memang best gle lar mse kt johor jaye nie…
    thx ea coz rkam..
    aku rindu cngat2 kat perhimpunan nie…

    VAMP: Yer kan. Kiter semua rindu. Best kena dera dek diaorang, tapi semua tu untuk memberi persembahan yang terbaik. Harap-harap tahun depan ader lagi kan…. Tapi ekonomi mungkin tidak mengizinkan… Huhu… 🙄

  7. penganjur PERHIMPUNAN KANAK2 & REMAJA 2008 ni tak nak buat makan2 untuk kite org ke? macam reunion lah… jemput budak2 yang menyertai PERHIMPUNAN ni semula untuk makan2 kat hotel yang dia org tidur tu…. kite org sume rindu dgn kawan2 yg kite knal kat sana… cikgu yang ajar kite joget pon best gilee.. seronok gile mase kat sane… dah balik rumah rase mcm sunyi je… PERTIMBANGKAN LAH YE

    VAMP: Best nyer kalau dapat buat, tp susah la. Budget Kem Pelajaran dah byk kena potong. Ekonomi gawat. Tapi mmg seronok kan kan kan… 🙂

  8. hye….

    sy epi ble abes lthan nie…

    sy dlm segmen ke-3..

    wakil skola skudai…

    video nie xbley doenload ker???

    sy rindu ngan kngan kat johor jaya…

    VAMP: Leh download, klu ko tau caranya… Cari ler mcmana yer… Melambak manual dlm internet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s