Jurulatih KKC Malaysia 2009
Jurulatih KKC Malaysia 2009

Salam semua pembaca setia ADG… Pada 10 hingga 14 Disember saya bersama Halina Lim (Jurulatih Sekolah Seni Sarawak) telah dipilih mewakili Negeri Sarawak untuk mengikuti Kursus Pemantapan Jurulatih Kumpulan Kesenian Cemerlang (KKC). Kursus ini merupakan kursus pertama bagi jurulatih KKC. Buleh kata kami ni batch yang pertama lah… Hehehee… Bertempat di Kampung Tok Senik Resort Langkawi, seperti namanya ‘kampung’, begitulah suasana di dalam resort itu. Setiap nama chalet ada diberi nama penduduknya. Macam tempat saya tinggal, namanya Rumah Kadir. Cafeteria tempat peserta menjamu selera pula dinamakan Warung Tok Wan. Memang suasana perkampungan betul di sana. Nak jalan? Kalau sanggup, jalan lah… Tapi kami telefon van lah, jauh sangat perjalanan antara satu tempat ke satu tempat…


Barisan JSBN dari Kepulauan Borneo
Barisan JSBN dari Kepulauan Borneo

Sepanjang kursus tersebut,  kami telah mempelajari banyak teknik-teknik tari, bagaimana untuk mengajar serta memperbaiki cara untuk mengambil gerak asas yang ada pada setiap gerak tari tarian-tarian Malaysia. Fasilitator kami  adalah En. Shuhaimi Magi dan En. Wong Kit Yaw yang merupakan pensyarah/koreografer dalam Bidang Tari di ASWARA. Saya amat teruja sekali kerana buat pertama kalinya bertemu ‘face to face’ dengan dua nama yang begitu gah di persada seni tari ini. Maklumlah duduk di Sarawak ni, dengar cerita dari kawan-kawan, baca newspaper dan berita TV aja mengenai hal-hal di semenanjung… Opps…

Halina-Shuhaimi Magi-Wong Kit Yaw-Fred
Halina-Shuhaimi Magi-Wong Kit Yaw-Fred

Saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak untuk KeKKWa, JKKN Negeri Sarawak, kerana telah memilih saya bersama Halina mewakili Negeri Sarawak untuk menyertai kursus ini.  Terima kasih juga untuk En. Isma (Urusetia) kerana telah banyak membantu peserta sepanjang kursus ini dijalankan. Terima kasih untuk fasilitator kami yang telah memberi tips, teknik, idea dan sebagainya untuk kami mengembangkan potensi dan mengayakan budaya di negeri masing-masing. Melalui kursus ini juga kami berdua dapat berkenalan dengan JSBN dari negeri-negeri lain (ada sesetengah tu memang dah kenal dalam kursus lain…)

Berikut adalah gambar-gambar yang saya sempat ambil dari kamera teman-teman (sorry, saya tak ada camera masa tu…)

Barisan JSBN KKC
Barisan JSBN KKC
Kami 4 saja kontrol satu meja.....Hahaha...
Kami 4 saja kontrol satu meja.....Hahaha...
Bersama 'primadona' JSBN KKC...
Bersama 'primadona' JSBN KKC...

Juga… Saya mau ucap TERIMA KASIH untuk En. Isma (Urusetia) sama orang-orang yang kami nda tau siapa yang berkomplot buat Suprise Birthday untuk saya, Farah dan Nizam!!! Makasih banyak-banyak!!!! Kami memang terkejut bah… hahaha….

birthday-suprise
Birthday Suprise!!!

Makasih sekali lagi…

Fred  a.k.a  ewek83