selamat-tahun-2009Selamat tahun baru buat semua peminat setia blog Anak Dalam Gading (ADG) juga untuk semua anak dalam gading yang saya amat sayang…

Tahun 2008 telah memberi banyak kenangan manis dan pahit buat ADG. Banyak kejayaan juga telah kita kecapi sepanjang tahun lepas dalam beberapa pertandingan yang kita sertai, johan ada… tempat ketiga pun ada… Hahahaha!!!! Tapi semua itu asam garam pertandingan…

Tahun 2009, kita buka buku yang baru, okay. Jangan mengimbau dan mengagungkan kejayaan yang lepas, semua kejayaan itu sudah menjadi sejarah. Tahun ini saya akan cuba untuk buat yang terbaik lagi untuk  menghasilkan karya-karya yang baik lagi dari yang lepas (mudah-mudahan…) dan mendidik penari-penari ADG menjadi penari yang baik.

Tahniah juga saya ucapkan kepada penari-penari ADG yang telah mendapat keputusan yang baik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lepas. Nampaknya susah lah mau turun latihan kalu semua sudah masuk kelas Sains. Hahaha… Gurau aja….

Kepada penari ADG, latihan pertama kita akan bermula pada hari Sabtu  (10 Jan 08) minggu pertama sesi persekolahan bermula. Mesti ada yang dah cukup ‘sihat’ sekarang. Kita akan mulakan sesi ‘pasang gris pada nat dan engsel yang dah berkarat’ dulu. Seperti biasa tolong bawa kengkawan yang berminat, rekrut saja banyak-banyak. Hahaha….

Saya ucapkan terima kasih kepada penari ADG yang sudah ‘bersara’, Jimmy,  Gilbert, Sylvester, Noraliza, Wilson, Siti, Joni, Tila, Stevenny & Tina. Kami doakan agar anda semua akan mencapai kejayaan dalam mengejar cita-cita. Jasa anda semua amat dikenang.

Kepada teman-teman yang telah banyak memberi komen membina, saya ucapkan terima kasih juga. Kami akan cuba menggunakan idea-idea hebat anda dalam memperbaiki tarian-tarian kami. Makasih banyak-banyak… Kita sama-sama baru belajar, kalau tak keberatan tu, sumbangkanlah lagi cadangan atau idea yang boleh kami cuba untuk tahun ini. Saya suka mencuba sesuatu yang baru, walaupun kadang-kadang tu tak masuk akal atau melanggar syarat-syarat pertandingan. Tak salah untuk mencuba… Hahahaha!!! Kalau tak cuba, kita tak tahu apa reaksi dan akibatnya kan?  😉

P/S : Jangan lupa untuk ikuti perkembangan sesi latihan pertama ADG yang pasti menarik bila lihat mereka yang ‘sihat’ dikerjakan…

Okay… Zass!.. (trademark orang tu…)

fred a.k.a ewek83

Advertisements