Dari kiri...Adi(merah), Andrian, John, Gilbert & Azfar(biru)
Dari kiri...Adi(merah), Andrian, John, Gilbert & Azfar(Biru)

Wei… Latihan ke-2 ADG diteruskan. Ini lah budak-budak ADG yang rajin turun latihan. Tapi nampaknya, sesi bermula dengan kelas teori di waktu malam hari Sabtu. Sebab paginya sekolah ada program Randau bersama Ibubapa pelajar asrama.


Kelas teori ADG - Hmm... Ada yg tak tumpu perhatian....
Kelas teori ADG - Hmm... Ada yg tak tumpu perhatian....

Seperti tahun-tahun yang lepas, awal tahun kita buat kelas teori dahulu sebelum memulakan latihan yang lebih serius. Seperti yang dijangka, ahli baru pun merungut sebab kelas tarian pun banyak nota nak di salin. Hahahaa… Setakat sesi bulan ini, mereka didedahkan dengan Asas Dalam Sistem Tari ADG. Erm..yang diajar adalah seperti persediaan sebagai seorang penari (pakaian, posture, disiplin dan sebagainya), pengenalan dan teknik penguasaan pentas (pecahan, level dan sebagainya) dan yang berkaitan lah. Keesokan harinya mereka mula dengan Gerak Warm-Up ADG yang baru dan kemudian pengenalan kepada tarian postur.

Latihan tarian postur... Ulang-ulang-ulang.....
Latihan tarian postur... Ulang-ulang-ulang.....

Tarian Postur ni dibuat untuk mengatur postur badan mereka agar dapat mencapai fleksibiliti yang lebih baik. Gerakan kadang-kadang tu nampak pelik, ia lebih kepada memberi tahap difficulty’ tinggi untuk memaksa tubuh mereka membuat gerakan diluar batasan tubuh. Pada fasa pertama ini, memang nampak kaget juga, tapi bila sudah hafal, pasti enjoy nanti. Bila dah hafal, masa tu lah kita boleh ‘marah-marah’ mereka kalau dah salah postur. Hahaha….

Nampaknya semua dapat ikut, just perlu hafal je dulu. Minggu depan, kalau tidak ada masalah… ADG akan buat latihan intensif sepanjang cuti Tahun Baru Cina. Harap-harap lah… Masa tu dapat ajar budak-budak ni benda-benda lain lagi…

Sedang menghafal tari postur...
Sedang menghafal tari postur...

Seperti kelab giat budaya di sekolah-sekolah lain seluruh Malaysia, rasanya beginilah latihan yang mereka jalankan. Demi untuk menghasilkan anak seni muda agar dapat meneruskan perjuangan dalam seni tari ini. Kepada semua Kelab Giat Budaya (KGB) seluruh Malaysia, selamat berlatih dan jangan biarkan budaya itu pupus! Chaiyo-chaiyo!!!!

Sekian laporan aktiviti untuk minggu ini… Chow!!!

Fred a.k.a ewek83

Advertisements