Halloo…

Sesi persekolahan pun dah bermula, maka sesi latihan ADG pun akan dimulakan hujung minggu ini (6-9 Februari 2009). Pasti semua ADG dah tak sabar untuk turun latihan semula. Dan pastinya peminat ADG juga tidak sabar untuk mengetahui perkembangan terbaru ADG kan???? Hahaha…

Sepanjang cuti Tahun Baru Cina… budak-budak, guru dan jurulatih semuanya rehat-rehat bersama keluarga masing-masing. Tapi ada gak budak yang telefon tanya bila ada latihan dan kenapa nda da latihan sepanjang cuti. Huhuhu… Macam mana nak jawab… Guru dan jurulatih nak cuti sebenarnya… Bagi yang selalu mengikuti perkembangan ADG dari 2008,  ADG selalu guna masa cuti umum, hujung minggu dan cuti perayaan untuk jalankan sesi latihan. Maknanya nda pernah ada cuti dan masa lapang untuk bersama keluarga dan teman-teman. So tahun ni dah ada masa rehat, ada juga yang kaget kerana nda biasa terlalu santai di rumah.

Bah… Lepas ni nda da cuti lagi lah. Ikut khabar angin yang lalu sepoi-sepoi language kat telinga saya, pertandingan peringkat bahagian-bahagian di Sarawak bagi kategori Sekolah Menengah dan Anugerah seri Asrama Terbilang (ASAT) akan dijalankan pada bulan Mac. So, ADG akan mula mencari siapa yang wakil ANAK DALAM GADING, SMK LUNDU untuk dua(2) pertandingan tersebut.

Dua(2) pasukan akan dihasilkan pada hujung minggu ini untuk mewakili ADG ke pertandingan SM dan ASAT.
SM boleh disertai oleh pelajar Harian & Asrama.
ASAT hanya boleh disertai oleh pelajar asrama SAHAJA.

Siapakah yang berjaya dipilih dalam barisan penari ADG??? Yang akan membuat persembahan pada Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Gabungan Kuching 2008 dan Pertandingan Tarian Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) 2008….

Ikutilah berita selanjutnya di minggu hadapan…. Hehehee…

fred a.k.a ewek83

Advertisements