Gambar apakah ini?
Gambar apakah ini?

Untuk pengetahuan, gambar yang anda lihat di atas ialah gambar para penari ADG yang sedang berlatih di dalam kegelapan malam, tanpa berlampu. Lampu yang anda lihat menyuluhi di atas adalah datang dari dapur asrama sekolah yang bersebelahan dengan dewan.Ā  Sedih kan. Itulah salah satu cabaran ADG… Tapi tidaklah lama. Lebih kurang 1/2 jam sahaja, ada masalah teknikal sikit. Nasib baiklah guru tarian ADG pandai juga mengenai benda-benda elektrik ni.

Minggu ini adalah minggu yang kritikal bagi ADG kerana pemilihan terakhir bagi yang terpilih untuk pertandingan.Ā  Pertandingan yang dimaksudkan ialah Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Menengah 2009 dan Pertandingan Tarian Anugerah Asrama Terbilang (ASAT) 2009 – Peringkat Gabungan Kuching 2009. Tarikh sebenar dan tempat pertandingan belum diketahui lagi. Malah syarat-syarat pertandingan pada tahun ini juga tidak kami ketahui. Jadi penari-penari ADG hanya belajar lebih kepada gerak asas tarian tradisional.

Bagi Pertandingan Tarian di Kampung Budaya, iaitu Festival Kanak-kanak & Remaja Sarawak 2009, seperti tahun lepas, mungkin diadakan selepas Gawai Dayak 2009. Bagi pertandingan ini, kami juga belum tahun konsep dan tarikh sebenarnya. Tapi dah tahu tempatnya, hehe šŸ™‚ … Memilih pelajar untuk pertandingan tersebut lagilah jauh. Entahkan jadi, entahkan tidak. Ya lah kan, ekonomi gawat.

Berikut adalah gambar dan video latihan ADG untuk tatapan anda.

[rockyou id=132320706&w=446&h=340]

Video Latihan & Pemilihan Penari-penari untuk Pertandingan Tarian Tahun 2009

Jadi sekarang, ehem…, anda tahulah serba sedikit tarian yang akan ADG bawa.Ā  Kuang kuang kuang... šŸ™„ Nak tahu lebih lanjut lagi, kunjungilah selalu laman blog ini. Mana tahu, lebih banyak rahsia-rahsia tarian pertandingan ADG akan dibongkarkan. šŸ˜ˆ Huahahaha…

Advertisements