Syarat-syarat Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Rendah Dan Menengah Peringkat Kebangsaan 2009

Pertandingan 2008

Bagi mengetahui Keputusan Tarian Peringkat Kebangsaan 2009, sila klik di sini.

Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan:
Tarikh : 18-20 Julai 2009
Tempat : Alor Setar, Kedah

Pertandingan Gabungan Kuching (Sekolah Menengah):
Tarikh : 11-13 Mei 2009
Tempat : Auditorium TAZA, Institut Perguruan Batu Lintang Kuching
Pengelola : Sekolah Seni Kuching

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

MATLAMAT
Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari.
2.2 Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, inang, joget, asli serta tarian rakyat yang sistematik.
2.3 Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.
2.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian di kalangan pelajar sekolah.
2.5 Sebagai altenatif mengisi masa lapang pelajar.

3.0 PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH‑SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN.
3.2 Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap ganerasi agar is tidak luput ditelan zaman.
3.3 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni tari tradisional dan tarian rakyat.
3.4 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan.

4.0 PENYERTAAN
4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah clan menengah kerajaan dan sekolah rendah clan menengah bantuan kerajaan.
4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 10 orang dan maksimum 12 orang.
4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran dan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum (minimum 2 kaum).

5.0 KONSEP TARIAN
5.1 Konsep persembahan terbahagi kepada 2 kategori:

Kategori A
Rampaian TIGA tarian tradisional (Zapin, Joget, Inang, Asli) dan BUKAN gerak tari KONTEMPORARI/KREASI BARU.

Kategori B
SATU tarian rakyat negeri-negeri atau SATU tarian etnik di Malaysia.

5.2  Setiap kumpulan wajib, mempersembahkan kedua-dua kategori tarian. (Rampaian Tarian Tradisional dan SATU Tarian Rakyat/Etnik)
5.3  Persembahan kedua-dua kategori tarian tersebut wajib disertai oleh peserta/artis yang sama.
5.4 Persembahan Kategori A hendaklah tidak kurang dari 6 minit dan tidak melebihi 8 minit. Persembahan Kategori B hendaklah tidak kurang dari 4 minit dan tidak melebihi 6 minit.
5.5  Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang telah ditetapkan.

6.0 LAGU / MUZIK IRINGAN
6.1 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan.
6.2 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan CD sahaja (Instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan).
6.3 CD hendaklah diserahkan kepada pengelola pertandingan sehari sebelum pertandingan dijalankan.

7.0 PAKAIAN / AKSESORI
Pakaian dan aksesori penari-penari hendaklah bersesuaian dan sopan.

8.0 CARA PEMARKAHAN
Kategori A (Rampaian Tarian Tradisional)
o Koreografi atau keaslian tari  – 35
o Koordinasi muzik dan gerakan – 10
o Pecahan tari dan pola lantai  – 15
o Kesantunan  – 20
o Busana dan tatarias  – 20

MARKAH PENUH 100

Kategori B (Satu Tarian Rakyat/Etnik)
o Koreografi atau keaslian tari – 35
o Koordinasi muzik dan gerakan – 10
o Pecahan tari dan pola lantai – 15
c Kesantunan – 20
o Busana dan tatarias – 20

MARKAH PENUH 100

Markah keseluruhan adalah gabungan daripada markah kedua-dua kategori.

9.0 HADIAH
9.1 Kategori A (Terbaik)
9.2 Kategori B (Terbaik)
9.3 Keseluruhan (Johan, Naib Johan, Ketiga)

10.0  TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN
Kedah Julai 2009
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

Advertisements

Published by

CKn

Just like another human being

26 thoughts on “Syarat-syarat Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Rendah Dan Menengah Peringkat Kebangsaan 2009”

    1. ha same kew???maksud yer???perjelaskan lebih mendalam lagi boley??tq

      VAMP: Maksudnya sama 100% sama dengan syarat-syarat yang saya dah tulis di atas nih.(Di Sarawak sajalah yang saya tahu, di negeri lain tak pasti)

    1. ….owh….nakal..sy ingatkan bermasalah….erm..blh thu mcmna awak taw skolah thun lpas baik klu awak x hubungan or rapat dgn skolah thun lpas?…ehehehehe…

  1. uh…..btl ckp kau tu….said….skola rndh yg wkl sabah drg mmg x brdisplin….msa drg dkt negeri kn bnyk orang x setuju drg drg wkl..spttnya sk sri gaya yg pg….GERMNYA……….

  2. sepa taw kptsn?hrp2 skola rendah dri sabah tu x da tmpt….sy ska skola rendah yg thn lalu tu krana drg berdisiplin bkn mcm thn pnya wakil x brdsplin langsung taw…….tpi wklskola mngh tu bgs taw dorang da 8 kali berturut2 prgi kt kbgsaan…..skola yg baik…….

    1. apa maksud awak “x berdisiplin”?mereka bdak2 nakal ka?….apa ka mereka pelajar bermasalah?…sepertinya awak sgt rapat dgn skolah yg wakil thun lpas…

  3. hrp2 skola rendah yg wakil sabah thn ne xde tempat…
    johan negri yg x d iktiraf…

    VAMPIRIE: Wei, tak baik cakap camtu. Walaupun ada yang tidak puas hati, tapi mereka mewakili negeri & nama baik negeri masing-masing.

  4. Buat kawan-kawanku…berjuang sejiwa murni.Tekun berlatih jangan rasa letih.Bila pi Kedah nanti jangan lupa kita pakat pi makan cha koe teaw dan bawa balik goreng cempedak.Kedah cempedak murah.Buah cempedak di luar pagar.Cikgu Sukari ajar menari.Kat Kedah ada Guar Chempedak.Dekat dgn Gurun……..ha….hah…

  5. wa dgr sk lubuk kawah besut wakil negeri Tganu ke Kedah.Tahniah buat cikgu depa Cikgu Darma,Ustazah Najdah,cikgu Anom dan cikgu Sukari.Pulun Tganu Pulun.Pulun sampai habis.Kalau tak lembik toik.mnari ta jadi.y….

  6. salamzzz…tahun towk…bahagian kapit akan diwakili oleh SMK Kapit…sekolah mek owang dapat tempat 3 jak..huhuhu…mun sik silap peringkat negeri akan diadakan di sarikei…well saya dari SMK Katibas…kumpulan SWARATARI KATIBAS nama group mek owang…baru berusia 4 bulan…lom redi apa apa…well terus terang our group inspired by ADG…with lots of video…we can doin research…thank u again…pertandingan bahagian baru jak diadakan pada 29hb april n SMK Song sebagai tuan rumah bahagian kapit….hmmm untuk ASAT bahagian kapit akan diwakili oleh SMK SELIRIK…so kedua2 sekolah towk memang every year mewakili bahagian kapit…so SMK KATIBAS is really fresh group..hehehe…most of our dancer terdiri dari tingkatan 1…tetapi honestly first even yg kami owang join is ASAT 2009…hmmm although we not manage to get any place…tapi da mula merisaukan sekolah2 di kapit..hehehe..baru2 tadi…group SWARATARI KATIBAS pon join utk ptandingan tarian antara sekolah2 menengah bahagian kapit…hmmm disitulah kamek owang cuba meningkatkan pengalaman…permulaan yg ok sebab mek owang dapat tempat ke-3…utk rampaian asli n etnik..cuma utk etnik mek owang yakin bena dapat 1st placing…maybe mek owang kekurangan dari segi prop…mek owang sik guna terabai asli utk tarian iban…huhuhuhu…sikpa atleast ada pengalaman…hehehe..ok utk ADG…STK ucapkan goodluck utk ASAT…

    VAMP: Good luck untuk group kitak orang next time. 🙂

  7. tahun nie smk bandar baru serting masuk lagi pertandingan tarian nie………… harap2 tahun nie tak silap tema lagi la mcm thun lepas…rase2nye mcm ade harapan untuk menang,,, harap2 menang la….
    sape yg brminat kol rrr 0178840682

    VAMP: Laa… Siap promote no HP lagi tuh… 😉

  8. macam mana nak ambil bahagian dalam pertandingan ni. perlu menghubungi siap untuk pendaftaran

    VAMP: Isi & hantar borang pendaftaran yang dihantar oleh sekolah yang menganjurkannya. Kalau mereka tidak menghantar, hubungi pihak mereka.

  9. dengar cerita terbaru, tarian untuk asat tiada,,, ganti dengan nasyid. betul kew??

    VAMP: Ya, memang diganti dengan nasyid. Tak tau kenapa yer. Mmm…

  10. asat dengar2 kat smk penrissen… apa syarayt ptandingan? sma ngan ptadngn sklah menengah kah?

    VAMP: Entah lah. Kami belum lagi menerima apa-apa berita pun. 😦

  11. Amen… Hahaha!!!! Nda tau lagi Fad, sekolah mana akan wakil Negeri Sarawak tahun ini. Sukar untuk diramal. Negeri ni besar, sekolah yang ‘legend’ dalam bidang tari ni pun banyak, jadi banyak kebarangkalian bah…. Harap ada sekolah baru lah. Ayo koreografer2 baru, jangan mudah mengalah dan kalah bulu dengan nama sekolah lain. New fresh idea itu yang harus dibongkar… asal ingat norma, tatasusila, keaslian dan budaya asal. No problem untuk explore… Barulah budaya itu berkembang!!! Chaiyo2x!!!

    1. ader dengar khabar, yg final peringkat kebangsaan nanti akan dibuat di Kuching…. tp x tau jugek, betul ke tak…

      VAMP: Ader gak dengar berita tu. Tak kot. Mahal…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s