Salah seorang penari ADG cedera dan terseliuh, bukan kerana menari tetapi bermain bola keranjang. Macamana nak berlatih menari ni?
Salah seorang penari ADG cedera dan terseliuh, bukan kerana menari tetapi bermain bola keranjang. Macamana nak berlatih menari ni?

Yang ini sorang lagi. Patah telunjuk 3 minggu lepas, jadi cuti dari tarian selama 3 minggu, arahan doltor.
Yang ini sorang lagi. Patah telunjuk 3 minggu lepas kerana kasar sangat bergurau dengan kawan. Jadi cuti dari tarian selama 3 minggu, arahan doktor.

Terbaru: Nih sorang lagi.
Ini sorang lagi. Dah la perempuan. Katanya bergurau dengan kawan-kawan juga. Nasib baik cepat sembuh. Beberapa hari saja jalan tempang.

main-main
Ini kes main tarik-tarik dengan kawan di asrama - terjatuh & terseliuh kaki. Hantar hospital sebab dia dalam kesakitan sesangat. Ingatkan patah, nasib baik bukan.

Tambahan selain dari 3 kemalangan di atas pada tahun ini:

Minggu lepas, seorang penari perempuan tercedera juga kaki kerana tersepak tile pecah. Darah mengalir tak henti-henti lama juga. Panik orang sekeliling. Tapi dia relaks jer, takde pun sakit katanya. Sekarang dah sembuh sepenuhnya. 😀

Sabtu ini, seorang penari lelaki cedera sikit, kulit jari kaki terkopek semasa latihan atlit. Tapi takde apa-apa sangat pun. Maintain… 😉

Cuti sekolah Tahun Baru Cina 2009, seorang penari lelaki kemalangan motosikal. Scratch sana sini. Nasib baik tak patah sana sini. 5 hari kemudian, kembali menari walaupun terhenjut-henjut sikit, terutamanya semasa tarian joget.  😯

Apa ni? Kenapa banyak kemalangan ni? Sebahagian besar ialah kerana penari ADG ni ganasss… Tapi syukur, semuanya tidaklah teruk sangat. Masih maintain boleh menari lagi. Semua masih bersemangat nak teruskan menari, demi minat yang mendalam. 🙄

Latihan berjalan seperti biasa. Cuma pertama kali bagi tahun ini, latihan dijalankan hingga lebih dari tengah malam.  Balik dari latihan 2 pagi! Kononnya nak siapkan tarian secepat mungkin tetapi belum juga siap-siap.  Bersambung lagi 2 minggu yang akan datang. Sepanjang minggu, termasuk hujung minggu ini, tiada latihan langsung kerana minggu peperiksaan. Pelajar asrama juga diwajibkan balik. Bagilah mereka cuti jumpa mak bapa. Hilangkan rasa rindu.  Cikgu-cikgu pun ingin berehat, menikmati hujung minggu dengan pergi ke Kuching atau balik ke kampung halaman.

Jumpa lagi 2 minggu yang akan datang! :mrgreen:

Amboi, pakai rotan. Garang nyer!
Amboi, pakai rotan. Garang nyer!
Latihan hingga 2 pagi
Latihan hingga 2 pagi
Advertisements