dun-swkAnak Dalam Gading (ADG) telah dijemput oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak untuk membuat persembahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 21 Mac ini. Ia adalah bersempena dengan acara Malam Penutupan Seminar Minggu Budaya Melayu Sarawak yang bermula  pada 15 hingga 21 Mac 2009.

Latihan intensif akan diadakan bermula hujung minggu ini di SMK Lundu. Latihan pada minggu hadapan bertempat di Dewan Suarah Kuching. Raptai pula akan diadakan di Dewan Undangan Negeri pada hari Sabtu hadapan.