Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan Budaya (Majlis Penangguhan Seminar Budaya Melayu Sarawak) 2009 di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak

dun-09Persembahan ADG yang berlangsung pada hari Sabtu lepas, 21 Mac 2009 di Dewan Santapan DUN, berjalan dengan lancar. Yang berhormat Dato Sri Haji Adenan bin Haji Satem merupakan tetamu terhormat pada malam tersebut.

Mengumpulkan bebudak semasa cuti sekolah bukannya mudah. Masing-masing ada  rancangan tersendiri. Tetapi, untuk ADG lain pula ceritanya. Semua tidak sabar hendak membuat persembahan di DUN, jadi cuti ini penuh dengan penantian. Tidak sabar nak balik ke sekolah, berlatih dan berlatih. Dan menjahit kostum, hingga  pukul 4am pada pagi sebelum persembahan. Jadi, pelajar-pelajar ini, dalam perjalanan ke bandar Kuching memang lepaskan geram dengan tidur di sepanjang perjalanan.

Kali ini, ADG bermalam di tempat lain pula, Kolej Multimedia Telekom. Lebih selesa sedikit dari CIDB. Sampai saja di asrama Kolej tersebut, daftarkan kumpulan, masukkan beg ke asrama masing-masing dan terus berkejar ke DUN yang terletak kurang 10 minit dari sana. Bila sampai di dewan santapan, pada pukul 12.50pm, kerja-kerja mengubah suai pentas masih berjalan. Jadi tiada apa-apa yang dapat dilakukan sehinggalah mereka siap. Hampir pukul 3pm barulah raptai dapat dilakukan.

Krisis: Kotak make-up kami pula hilang. Bercari ke hulu hilir, entah mana pula perginya. Muka para pelajar dah monyok, ada yang nak menangis. Cikgu-cikgu pula dah pucat, bagaimana hendak menyolek bebudak untuk membuat persembahan. Tak kan tak bermake up di atas pentas kot, tak berseri, tak glamor. Haru biru jadinya… Nasib baiklah  last minute ada kenalan yang sanggup meminjamkan alat solek kepunyaan kumpulan beliau. Terima kasih bebanyak. Dijadikan cerita, beberapa orang cikgu terpaksa berkejar ke kedai tertentu untuk membeli alat solek tambahan dengan wang ringgit sendiri (amalan biasa) dan berkejar ke asrama. Para pelajar pula bila sampai di asrama berebut-rebut mandi, bersolek,  iron kostum, pakai kostum dan balik semula ke DUN. Semuanya dilakukan kurang dari 2 jam. Wow! Satu rekod baru bagi ADG. 20 orang kesemuanya, jadi bayangkanlah kekelam kabutan ADG dalam 2 jam itu.

[rockyou id=134836866&w=446&h=340]

Persembahan pula, walaupun tidak 100% sempurna, berjalan dengan lancar. Ada juga penari ADG yang terpijak pin semasa menari, tetapi tidak ditunjukkan sakit atau terhenjut-henjut pada masa itu. Puas hati jugalah dengan persembahan mereka walaupun masih boleh diperbaiki. Harap-harap prestasi semasa pertandingan tarian nanti lebih memberangsangkan.

Berikut adalah video persembahan ADG pada malam tersebut:

Latihan Minggu Kedua:

Latihan Pentas
Penyesuaian pentas & latihan sebelum raptai pada malam itu.

Bagi beberapa ahli ADG, inilah persembahan pertama mereka. Persembahan pertama mereka dibuat di DUN Sarawak pula tu. Memang seronok betullah mereka. Kira GRANDE sesangat lah tu. Ahli yang lama pula amat teruja kerana walaupun sudah lama berkecimpung, tetapi belum pernah membuat persembahan di DUN, atau di mana-mana pentas sehebat itu, dengan iringan live music pula tu. Pengalaman yang tidak akan dilupakan.

ADG bertolak dari sekolah 10am pada 14 Mac,  pada hari Sabtu (1 van & 2 kereta guru) dan  singgah di Choice Supermall untuk membeli bekalan & makanan untuk penari ADG yang terlampau banyak makan & sentiasa dalam keadaan macam orang kebuluran (almaklum, masih membesar). Pergi ke tempat tinggal yang disediakan oleh pihak KPSU bagi kami iaitu di CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Cawangan Sarawak). Selesa jugalah tempat tersebut.  Leganya bila cadar dan selimut disediakan, jadi minggu depan tidak payah lagi bawa.  Tapi yang paling best pasal tempat ini, bila kami balik pada pukul 11pm pada malam itu selepas raptai, terkejut melihat ada satu gerai burger betul-betul di tingkat bawah tempat kami menginap. Apalagi, kena serbu lah gerai tu. Tersenyum lebar hingga ke telingalah si penjual burger apabila melihat keuntungan dari jualan burger malam tu.🙂

Duduk
Menunggu giliran. Tengah kesejukan...

Pada pukul 3.50pm, kami tiba di pintu besar masuk ke dewan. Brrr… sejuk nya! Menari memang tak akan sempat berpeluh punya. Sebelum menari mereka disuruh stretch badan dahulu, takut mucle cramp semasa menari di dalam tempat sesejuk itu. Selepas latihan beberapa kali, cepat-cepat lari keluar kerana semua kesejukan. Leganya bila merasa udara yang panas macam di padang pasir di luar. Kalau dalam situasi biasa, dah tentu menyumpah-yumpah kerana keadaaan yang amat panas, tetapi pada masa tu, lagi panas, lagi bagus.🙂

Di tangga
Berehat di luar di atas tangga di luar Dewan DUN. Merasai kenikmatan udara panas di luar.
Di luar
Latihan di luar sekejap.

Pada pukul 8.30pm pula, raptai dimulakan. Tarian yang dipersembahkan oleh ADG adalah yang terakhir pada malam itu. Geleng kepala para cikgu melihat persembahan ADG pada malam itu, boleh dikira teruk jugalah. Tarian & kiraan semua out.  Pada masa raptai itulah pertama kali menari dengan live music. Keadaan sedikit kelam kabut kerana ada konflik sedikit dengan penggunaan  live music. Mungkin kerana tidak biasa lagi. Jadi selepas habis sahaja raptai, ADG terpaksa tinggal sekejap, dan meneruskan latihan dengan  Kumpulan Petra dan pemuzik KPSU sehingga para penari dapat menyesuaikan tarian mereka dengan muzik. Syukur kerana sekejap sahaja masa yang diperlukan untuk memperbaiki apa yang patut. Walaupun tidak 100% sempurna tetapi latihan akan diteruskan lagi di sekolah dan juga pada siang hari di dewan tersebut lagi sebelum acara sebenar bermula Sabtu ini.

Raptai DUN
Giliran ADG & Kumpulan Petra pula. Untuk pengetahuan, ADG adalah yang berbaju hitam putih di hadapan. Yang berbaju hijau hitam pula adalah Kumpulan Petra.

Berikut adalah rakaman video yang diambil selepas raptai.

Latihan Minggu Pertama:

Latihan Beramai-ramai di Dewan Suarah Kuching. Di hadapan ialah Kumpulan ADG, di belakang ialah kumpulan Petra. Masig-masing bergilir membuat persembahan di hadapan pentas utama nanti.
Latihan beramai-ramai di Dewan Suarah Kuching pada Isnin lepas. Di hadapan ialah Kumpulan ADG, di belakang pula ialah Kumpulan Petra. Masing-masing bergilir membuat persembahan di hadapan pentas utama nanti.

Setelah penat berlatih sepanjang hujung minggu, ADG turun ke bandar Kuching pada hari Isnin, 9 Mac, iaitu pada Cuti Malidur Rasul, dengan van yang disewa berserta 2 kereta guru untuk membawa 20 orang pelajar. Memang bersesak, 11 orang perempuan didalam van (termasuk seorang guru perempuan) dan semua yang lelaki pula didalam 2 kereta guru lelaki (bayangkan, 6 orang setiap kereta). Perjalanan pula mengambil masa (9am-11am) 2 jam untuk ke Dewan Suarah Kuching. Latihan sepatutnya bermula pukul 3pm, tetapi kami memang sengaja datang awal untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dewan. Lagipun boleh berlatih di tempat aircon kan.

Semasa sessi latihan, pihak KPSU berpuas hati dengan persembahan ADG walaupun masih ada bahagian-bahagian tertentu yang boleh diperbaiki.

Latihan sepatutnya berakhir lewat petang (pukul 5 lebih kot) tetapi oleh kerana pihak ADG datang dari jauh, jadi kami terpaksa balik selepas sekali latihan penuh dengan yang lainnya, dalam jam 4pm. Ini kerana mengikut pekeliling, pelajar tidak boleh di dalam perjalanan ke tempat yang jauh sebelum hari gelap. Selamat tiba di sekolah sebelum pukul 6pm tetapi semua keletihan. Esoknya pula hari persekolahan. Dah buat kerja rumah lagi ke belum mereka semua ni?🙂

Latihan di sekolah. Kerusi yang bebanyak di belakang tu sebab pagi itu ada Program Permuafakatan bersama Ibu Bapa.
Latihan di sekolah. Kerusi yang bebanyak di belakang kerana pagi itu ada Program Permuafakatan bersama Ibu Bapa.
Dah 'tension' sangat berlatih, kami berkelah di sungai sebelah sekolah sekejap. Lepas tension, dan lepas itu, berlatih intensif balik.
Dah 'tension' sangat berlatih, kami berkelah di sungai sebelah sekolah sekejap. Dah habis 'tension', latihan intensif balik.

Berikut adalah video yang diambil pada pagi Ahad, iaitu 2 hari selepas latihan intensif. Banyak kelemahan tetapi masih ada 2 minggu lagi untuk diperhaluskan.