dsc_1431a

Pertandingan ASAT Bahagian Kuching untuk acara bola sepak, bola jaring, bahas, pidato, catur, nyanyian dan tarian akan diadakan di pada 14-17 April 2009. Ia adalah anjuran bersama oleh SMK Penrissen, SMK Siburan, SMK Tun Abdul Razak dan SMK Padawan. Pertandingan ASAT untuk Negeri Sarawak juga berkemungkinan akan dianjurkan oleh sekolah yang sama pada hujung bulan Mei 2009.

Berikut adalah syarat-syarat untuk Pertandingan Rampaian Tarian Tradisional ASAT 2009 untuk Negeri Sarawak sahaja.

BIL.

PERKARA

PERINCIAN

1.

MATLAMAT

Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2.

OBJEKTIF

2.1    Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari.

2.2    Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin,  inang, joget, asli yang sistematik.

2.3    Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan  seni budaya.

2.4    Mewujudkan sebuah kumpulan tarian di kalangan pelajar  asrama sekolah.

2.5    Mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap generasi agar ia tidak luput di telan zaman.

2.6    Sebagai altenatif mengisi masa lapang pelajar.


3.

KONSEP PERTANDINGAN

3.1    Nama : Pertandingan Rampaian Tarian Tradisional.

3.2    Rampaian TIGA tarian tradisional (Zapin, Joget, Inang, Asli) dan BUKAN gerak tari kontemporari / kreasi baru

3.3    Satu persembahan rampaian tarian yang berterusan dan tidak dipersembahkan dalam tiga masa yang berbeda.

4.

LAGU / MUZIK IRINGAN

4.1    Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu-lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan.

4.2    Lagu / Muzik iringan adalah secara permainan CD, bukan ‘live music’


5.

PENYERTAAN

5.1    Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah asrama harian (Sekolah Menengah)

5.2    Setiap negeri hanya layak menghantar satu pasukan yang terdiri dari 8 (minimum) hingga 15 peserta (maximum)

5.3    Setiap pasukan akan diiringi oleh seorang pengurus dan seorang jurulatih.

6.

PERSEMBAHAN

6.1    Setiap kumpulan hanya mempersembahkan SEBUAH tarian rampaian.

6.2    Pakaian peserta mestilah bersesuaian dengan pilihan tarian dan tidak menjolok mata.

6.3    Persembahan tarian wajib melibatkan semua peserta dalam pasukan tetapi tidak semestinya melibatkan semua jenis tarian.

6.4    Ketua Hakim akan menentukan samada kumpulan dibenarkan membuat persembahan ulangan jika berlaku kerosakan teknikal pada CD / Pemain CD

7.

MASA

7.1    Persembahan  Rampaian Tarian Tradisional tidak boleh kurang daripada 6 minit dan tidak melebihi 10 minit.

8.

CD LAGU

8.1    Negeri/Sekolah mesti serah CD Lagu  (sila labelkan negeri pada CD tersebut) kepada pengelola dua minggu sebelum pertandingan

9.

PEMARKAHAN

9.1   Koreografi atau keaslian tari

35 markah

9.2   Kesantunan & adab Pentas

20 markah

9.3   Busana dan tatarias

20 markah

9.4   Pecahan tari dan pola lantai

15 markah

9.5   Koordinasi gerakan dan muzik

10 markah

10.

PEMENANG

10.1 Tempat Pertama

10.2 Tempat Kedua

10.3 Tempat Ketiga