bulan-bahasa-02ADG diminta untuk membuat persembahan bersempena Penutupan Karnival Bulan Bahasa yang berlangsung pada 2 April yang lalu. Permintaan itu dibuat 3 hari sebelum persembahan sepatutnya dipersembahkan. Arghh…. Tarian dalam masa 3 hari? ADG bernasib baik sebab ada satu tarian yang belum dipertontonkan dihadapan warga SMK Lundu. Tarian apakah itu? Yah… Tarian yang dipersembahkan oleh ADG semasa Majlis Penutupan Seminar Melayu Sarawak 2009 di DUN Sarawak.

bulan-bahasa-04

Latihan 2-3kali sahaja kerana bebudak ADG ini aktif juga dalam aktiviti sepanjang minggu bahasa. Bila nak buat latihan, ada saja yang tidak dapat datang kerana ada pertandingan Bahas atau Pidato atau Karaoke atau Public Speaking yang dijalankan pada masa yang sama. Tempat latihan pun tidak ada memandangkan kebanyakkan acara dibuat di Dewan Sekolah. Jadi buatlah dalam kelas kosong. Pening kepala dibuatnya kerana tarian ini terpaksa dikurangkan penarinya dari 20 orang kepada 12 orang sahaja.  Dan kerana pada tarian Zapin Sebat, menggatal nak buat pecahan juga.  Dan ada juga perubahan di beberapa bahagian untuk mencantikkan tarian. Kesemuanya hanya dengan 2-3 latihan sahaja…

bulan-bahasa-03

Syukur persembahan berjalan dengan lancar. Malah mendapat pujian…🙂