img_3330_resizePersembahan yang dibuat di Kem Belia Pueh pada 2 mei 2009 yang lalu berjalan lancar. Walau bagaimanapun, dipersembahan Zapin Fusion tidak begitu memuaskan.  Ini kerana pentasnya yang kecil, jadi penari yang membuat persembahan terpaksa dikurangkan dari 6 pasangan kepada 4 pasangan secara ad-hoc.

Persembahan tarian Bidayuh bolehlah tahan memandangkan semua penari perempuan dan seorang penari lelaki adalah penari baru yang belum pernah membuat persembahan lagi. ADG memang selalu mencari bakat-bakat yang baru untuk dipertengahkan.

ADG membuat persembahan di atas jemputan dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak untuk membuat dua persembahan bersempena Penutupan Hari Terbuka Kem Belia Pueh, Sematan yang terletak 127 km dari Bandaraya Kuching. Dari Lundu tidak pula pasti berapa kilometer tetapi mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan dari SMK Lundu.

Kem Belia Pueh
Kem Belia Pueh

Hari Terbuka Kem Belia Pueh diadakan pada 1 & 2 Mei 2009 ini tadi. Jadi pada Malam Kedudayaan dan Penutupan, selain ADG, ada beberapa kumpulan lain yang membuat persembahan, seperti persembahan band & nyanyian dan juga tarian kebudayaan dari kumpulan Salako dan Cina daerah Sematan.

Biarlah gambar-gambar berikut menceritakan apa yang ADG lakukan di Kem Belia Pueh:

Baru sampai
5.00pm: Baru sampai di Kem Belia Pueh
Asrama kami
5.15pm: Asrama kami
Sesi menyolek penari
6.00pm: Sesi menyolek penari
Saling membantu menyolek kawan-kawan
6.00pm: Saling membantu menyolek kawan-kawan
Membantu memasang kostum
6.30pm: Membantu memasang kostum
Berbaris menyambut VIP
7.20pm: Berbaris menyambut VIP
Makan malam kami
7.50pm: Makan malam kami
Penari Bidayuh & krew
8.40pm: Penari Bidayuh & krew
Penari Zapin
8.45pm: Penari Zapin
Guru-guru
8.50pm: Guru-guru
Bidayuh
9.40: Persembahan Tarian Bidayuh
Zapin
9.50pm: Persembahan Tarian Zapin Fusion
Berkemas selepas persembahan
11.00pm: Berkemas selepas persembahan
Sarapan keesokan hari
7.45am: Sarapan keesokan hari
Bergambar beramai-ramai
8.30am: Bergambar beramai-ramai sebelum berangkat balik

Video persembahan tarian Bidayuh ADG di Kem Belia Pueh:

Kali terakhir ADG dijemput untuk membuat persembahan di Kem Belia Pueh ialah pada tahun 2007.  ADG membuat dua persembahan pada malam Penutupan Hari Terbuka Kem Belia Pueh 2007.

Tatapilah gambar-gambar kenangan ADG semasa membuat persembahan di Kem Pueh pada 27 Julai 2007.

kem-pueh-02kem-pueh-03kem-pueh-04