Pentas Auditorium TAZA - Tempat Pertandingan
Pentas Auditorium TAZA - Tempat 19 buah sekolah berentap

Pengunjung setia blog ini pasti sedia maklum bahawa pertandingan bermula pada Isnin, 11 Mei ini. Sekarang semua pasukan penari sekolah pasti berdebar-debar dan menggandakan usaha mereka untuk pertandingan ini. Dari desas desus yang kami dengar, ada beberapa sekolah yang juga mengadakan latihan sehingga ke pagi. Ada juga yang mendapat bantuan pihak tertentu untuk mendapatkan nasihat serta tunjuk ajar bagi memantapkan pasukan masing-masing. Semua ini demi memberikan yang terbaik pada hari tersebut kelak.

Bagi ADG, latihan sehingga 2.00-3.00 am adalah perkara biasa, walaupun jika bukan untuk pertandingan. Pada masa ini, semua tarian ADG telah siap. Sekarang lebih kepada melengkapkan props serta kostum, dan juga menghaluskan tarian persembahan nanti.

Pada kali ini, latihan ADG tidaklah intensif seperti yang kami lakukan untuk pertandingan ASAT bulan lepas. Salah satu sebabnya ialah kerana sudah dua minggu peperiksaan dijalankan. Pihak kami beranggapan bahawa akademik mereka adalah lebih penting, maka segala latihan pada hari-hari biasa dihentikan sama sekali untuk memberi mereka peluang mengulangkaji pelajaran. Hanya pada hujung minggu sahaja mereka dibolehkan membuat latihan. Lagipun bukannya mengharapkan sangat kemenangan kerana berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lalu, sentiasa ada sekolah yang lebih hebat (SMK Pending & SMK TAH Openg). Tahun ini bertambah lagi sekolah yang tidak kurang juga hebatnya, iaitu Sekolah Seni Kuching. Memang ADG ada terfikir, “Alangkah bagusnya jika kita menang” tetapi kami sudah cukup berpuas hati jika pasukan penari ADG memberikan yang terbaik, ‘do the best they can’ pada hari tersebut. Kalau ada rezeki, menanglah. Kalau tiada rezeki, ambil pengalaman dan pengajaran serta perbaiki diri untuk masa yang akan datang.

So good luck to all and  may the best team wins.

Gam
Mengamkan sesuatu, bersama penyibuk...
IMAGE_01938_resize
Mengecat props
IMAGE_01941_resize
Memintal entah apa entah...
Zzzz....
Pantang waktu rehat, pastinya zzz....
Latihan
Hey, kenapa tercegat jer nih? Buat latihan cepat!
Berjahit
Berjahit
Makan coco-crunch!
Makan coco-crunch!
Ikut semua
Begini caranya...
Advertisements