Menjelang ASATKarnival Sukan / Kokurikulum dan Kebudayaan Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Negeri Sarawak 2009 akan diadakan di SMK Penrissen No.1 (Bola Jaring Menengah & Pidato), SMK Tabuan Jaya (Bola Jaring Rendah), SMK Lake (Bola Sepak Menengah), SMK Paku (Bola Sepak Rendah), SMK Padawan (Catur) , SMK Tun Abdul Razak (Bahas), SMK DPHA Gapor Stampin (Nyanyian Solo) dan SMK Siburan (Tarian Tradisional). Acara bermula dari 25 hingga 27 Mei, manakala upacara penangguhan pula akan diadakan pada pagi 28 Mei bertempat di Dewan Suarah Kuching.

Jadual Program Bagi Pertandingan Tarian:

25 Mei 2009 (Isnin)

2.00pm-5.00pm = Pendaftaran Kontigen di tempat Penginapan
6.00pm-8.00pm = Pengurusan Penginapan
8.00pm-10.00pm = Taklimat Pertandingan kepada Ketua Kontigen / Pengurus Pasukan
10.00pm-10.30pm = Kudapan Malam

26 Mei 2009 (Selasa)

5.00am-8.00am = Kemas diri/Solat/Riadah & Sarapan
8.00am-12.45pm = Penyesuaian Pentas
12.45pm-2.00pm = Makan Tengahari/Solat/Rehat
2.00pm-5.00pm = Pertandingan Tarian Tradisional Sekolah Rendah
6.00pm-8.00pm = Kemas diri/Solat/Riadah & Makan Malam
8.00pm-10.00pm = Bebas
10.00pm-10.30pm = Kudapan Malam

27 Mei 2009 (Rabu)

5.00am-8.00am = Kemas diri/Solat/Riadah & Sarapan
8.00am-12.45pm =Pertandingan Tarian Tradisional Sekolah Menengah
12.45pm-2.00pm = Makan Tengahari/Solat/Rehat
2.00pm-10.00pm = Panorama Bandaraya Kuching

28 Mei 2009 (Khamis)

5.00am-8.00am = Kemas diri/Solat/Riadah & Sarapan dan perjalanan ke Dewan Suarah Kuching
8.00am-12.45pm – Majlis Penanguhan ASAT Peringkat Negeri Tahun 2009 di Dewan Suarah Kuching

Menjelang ASAT 01

Persediaan ADG adalah seperti biasa, latihan petang dan malam. Selain itu ADG juga sibuk dengan latihan Hari Guru & Jamuan Hari Gawai Lundu. Jadi kesemua latihan ini, walaupun sedikit sebanyak ada menganggu perjalanan jadual latihan ASAT, ia adalah dikira sebagai cabaran kepada kami. Bukannya tidak biasa, cuma harus pandai membahagikan masa dan menggunakan masa itu sebaiknya.

Sekali lagi ADG terfikir, “Alangkah bagusnya jika kita menang, dapat lepas geram kalah semasa Pertandingan Tarian Sekolah Menengah hari itu” tetapi kami sudah cukup berpuas hati jika pasukan penari ADG memberikan yang terbaik seperti yang mereka tunjukkan di pertandingan tarian sekolah menengah lepas. Dengar khabar, banyak kumpulan dari seluruh Sarawak telah membuat persediaan yang maha intensif bagi berperang di gelanggang SMK Siburan kelak. Bagi ADG, kalau ada rezeki, menanglah. Kalau tiada rezeki, ambil pengalaman dan pengajaran serta perbaiki diri untuk masa yang akan datang (ADG sentiasa bertanyakan ini kepada pihak hakim atau yang pihak yang arif dan berpengalaman  untuk maklumat ini sebaik sahaja selepas pertandingan).

To those coming to SMK Siburan, good luck to all and  may the best team wins.