Johan Naib Ketiga ASAT Swk 09Keputusannya (bagi Kategori Sekolah Menengah Sahaja):

Johan – Bahagian Sarikei – SMK Bintangor
Naib Johan – Bahagian Kuching – SMK Lundu
Ketiga – Bahagian Bintulu – SMK Sebauh

Hari Ahad, sehari sebelum berangkat untuk mengikuti pertandingan ini, ADG menerima berita buruk. Asrama tidak akan disediakan untuk kontijen tarian Kuching (dan juga untuk kontijen Samarahan). Waduh, kelam kabut ADG. Jadi kami ada beberapa pilihan:

1. Merayu dan mohon simpati untuk diterima di asrama SMK Siburan.

2. Merayu dan mohon simpati untuk diterima di asrama SMK Penrissen No.1.

3. Bermalam di mana-mana asrama atau hotel di bandar Kuching.

4. Tinggal di rumah salah seorang guru ADG di Samarindah, Samarahan.

No. 1 & 2 tidak diterima kerana asrama betul-betul penuh. No. 3 reject kerana bandar Kuching agak jauh dan jalanraya pada waktu pagi jam. No. 4  akhirnya diterima, kerana dekat dan selesa. Tambahan pula, guru tersebut tersangatlah baik hati dan mulia (rumah sayalah tuu… hehehe).

Hari Isnin sepatutnya bertolak pada pukul 1pm, tetapi pukul 5pm baru bas muncul, kerana ada salah faham sedikit dengan pihak tertentu mengenai jadual perjalanan. Guru  masa tu kelam kabut telefon ke hulu ke hilir mencari bas, bebudak dalam kesedihan kerana ingat tidak dapat ikut serta bertanding. Sempat juga seorang guru menghadiri sesi taklimat pada malam itu untuk mengetahui apa yang akan berlaku pada hari seterusnya dan jadual sebenar untuk apa-apa aktiviti. Di situ juga ADG meminta pihak penganjur supaya memberi makanan bungkus kepada pihak ADG kerana peruntukan makanan ada RM70 sahaja untuk 3 hari. Ya, RM70 sahaja – bukan RM700. Dari manakan duit lain akan datang? Cubalah teka… Namun pihak asrama SMK Lundu telah menghubungi kami supaya membuat tuntutan claim nanti. Huh, lega…  Oh, dan pihak SMK Siburan  bersetuju memberi makanan bungkus kepada ADG untuk makan tengahari dan malam sahaja. Kami amat berterima kasih kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban belanja pihak ADG.

Hari Selasa sesi blocking. Mula berkenalan dengan kontijen Sarikei, yang kami geruni kerana prestasi mereka yang amat bagus tahun lepas. Kontijen yang friendly tapi malu-malu kucing. Hehe… Melihat sesi blocking mereka, kami gerun. Melihat sesi blocking kami, mereka pula yang gerun. Tetapi awal-awal lagi ADG melihat kepada kedua-dua tarian kami dan mereka, ada potensi untuk mereka menang.

Hari Rabu, hari pertandingan. Setelah semua kumpulan membuat persembahan mereka, kumpulan yang menjadi favourite ADG adalah sudah tentu Kontijen Sarikei, juga Kontijen Bintulu, Kontijen Betong dan Kontijen Kapit.

Keputusan hanya akan diumumkan pada keesokan harinya. Tension betul. Jadi malam itu, penari ADG berparti makan burger buatan sendiri! Cuba menghilangkan tension. Tapi bebudak meramalkan kemungkinan untuk kontijen Sarikei menang adalah tinggi. Amboi, tak sokong kumpulan sendiri ker…? Mungkin kerana mereka dapat melihat dengan mata mereka sendiri tarian kedua-dua pasukan selepas menonton video rakaman tarian pada pagi itu dan membuat perbandingan serta penilaian kendiri. Chewah… Tetapi pada masa yang sama, memanglah harap-harap kumpulan sendiri menang. Kalau kalah pun, biarlah kalah kepada pasukan Sarikei.

Hari Khamis, keputusannya…. Tahniah diucapkan kepada Kontijen Sarikei – SMK Bintangor.  Dan memanglah bebudak ADG emosi sedikit sekejap tapi ceria semula kemudiannya. Bila sesi bergambar di atas pentas, masa yang paling seronok kerana dapat mengambil gambar dengan pihak Sarikei dan Bintulu beramai-ramai dan posing gila-gila.

Petang itu balik semula ke SMK Lundu, membawa trofi Naib Johan ke sekolah. Selepas ini pertandingan/show apa lagi yer?

[rockyou id=138323859&w=446&h=340]

Video ini ditayangkan dengan kebenaran dari Saudara Faizal. Terima kasih.

PS: Jika anda ingin memberi komen, sila beri komen yang membina. Sila jangan menghentam pasukan lain atau para hakim. Kerjasama anda amat dihargai.  ADG pasrah dengan apa-apa keputusan. Terima kasih kami ucapkan kepada semua penyokong ADG. Sokongan anda amat kami hargai.