DSC00041xx

Pada malam Ahad, 24 Mei yang lepas (sehari sebelum turun ke Kuching untuk bertanding ASAT), ADG telah membuat persembahan di Majlis Makan Malam Pra Gawai Peringkat Daerah Lundu 2009,  yang dianjurkan oleh Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) – Cawangan Lundu.

Tetamu terhormat yang datang untuk memeriahkan lagi majlis tersebut pada malam itu ialah YB Datuk Francis Harden ak Hollis dan YB Ranum ak Mina.

ADG telah mempersembahkan dua tarian iaitu Tarian Simijog yang memaparkan ketangkasan dan kekuatan suku-suku Dayak; dan Tarian Dara Berlapan yang memperlihatkan keayuan dan manisnya gadis-gadis ADG yang pasti mengasyikkan sesiapa yang memandang mereka dengan lenggang lenggok tarian yang dipersembahkan.

Walaupun tarian pertama iaitu Tarian Simijog menghadapi masalah sound system (bunyi ciput jer, tidak begitu kedengaran), namun tarian kedua iaitu Tarian Dara berlapan berjaya memikat penonton dengan tariannya yang unik dan memukau. Malah mendapat pujian daripada tetamu-tetamu terhormat pada malam itu. ADG rasa berbangga dapat menghiburkan para penonton pada malam itu. Tahun hadapan jangan lupa menjemput kami lagi yer…

DSC00009_resize
DSC00018_resize

DSC00016_resize

DSC00023_resize

DSC00029_resize

Advertisements