Banner Hari GuruUntuk Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Lundu pada 20 Jun 2009, ADG sekali lagi diminta membuat persembahan. Kali ini, persembahan ADG adalah di hadapan Pengarah Pelajaran Sarawak iaitu Yg Bhg Dr Hj Julaihi Bin Haji Bujang.

Jadi untuk persembahan pada hari tersebut, ADG diminta khas untuk mempersembahakan Tarian Sambutan yang pernah dipertontonkan semasa sambutan Hari Guru Sekolah. ADG juga menyediakan satu lagi tarian untuk dipersembahkan di atas pentas pada hari tersebut tetapi terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir untuk memberi ruang pada sekolah lain (SK Sebat dan Tadika Kemas) yang juga akan mempersembahkan tarian masing-masing.

Sambutan Hari Guru ini jatuh pada hari yang sama pertandingan tarian diadakan di Tun Jugah. Jadi selepas selesai sahaja ‘Tarian Selamat Datang’ yang dipersembahkan pada 10am, ADG terpaksa mengejar masa untuk bersiap kostum dan bersolek dan berkejar dari Lundu ke Kuching untuk pertandingan yang diadakan pada tepat 2pm. Sempat juga sampai di Kompleks Tun Jugah pada 1.30pm.

Koleksi gambar ADG untuk sambutan hari Guru Daerah Lundu:

Menyediakan Bunga Manggar
Menyediakan Bunga Manggar sehari sebelum itu
Bilik persalinan & persolekan.
Mesti datang sebelum 7am ke bilik persalinan & persolekan
Barisan hadapan sambutan...
Barisan hadapan sambutan VIP
Pose bergambar sambil menunggu VIP
Pose bergambar sambil menunggu VIP
Pose dengan guru
Pose dengan guru
Pose ramai-ramai
Pose ramai-ramai
Tenaga Pengajar
Tenaga Pengajar
Persembahan 'Tarian Selamat Datang'
Persembahan 'Tarian Selamat Datang' bermula tepat 10am
VIP dan para jemputan memasuki dewan
VIP dan para jemputan memasuki dewan