Peringkat Akhir:

Menang Tun Jugah

Pada hari Ahad, 28 Jun yang lalu, ADG berentap semula di peringkat akhir pertandingan ini yang diadakan di Kompleks membeli belah Tun Jugah. Keputusannya, ADG A mendapat johan dengan Tarian Iban ‘Ngajat Ngalu Temuai’ manakala ADG B mendapat tempat ketiga dengan Tarian Bidayuh ‘Sigar Nyikoh Jojak.’ Tempat kedua pula disandang oleh Kumpulan Sri Bayor dengan tarian Iban mereka.

Jika ada anugerah bagi kumpulan popular pula (sayangnya tiada), gelaran itu semestinya akan disandang oleh Kumpulan The Little Warrior dengan si comelnya yang begitu lincah dan bersemangat mempersembahkan tariannya, diiringi dengan sorakan gemuruh oleh para penonton yang menyaksikan pertandingan ini pada hari tersebut.

Pada hari pertandingan tersebut, didapati beberapa kumpulan telah menukar koreografi & tarian serta kostum berdasarkan teguran yang telah diberikan. Contohnya Kumpulan Lenggang Kenyalang telah menukarkan tarian mereka dari tarian kreatif kepada tarian Orang Ulu. Bagi pihak ADG pula, pertukaran hanya sedikit sahaja, iaitu memperkemaskan tarian, selain menukar sedikit rupa kostum Iban perempuan.

Semua Kumpulan 2
Sesi foto semua kumpulan sebelum pertandingan dimulakan

Selain daripada mendapat piala, wang tunai dan penginapan di Tune Hotel, ADG juga telah diberikan baucer makanan (RM160) yang boleh digunakan di Medan Makan di tingkat atas Kompleks Tun Jugah. Apa lagi, selepas selesai sahaja pertandingan, kami semua menyerbu gerai-gerai makanan di sana dan berpesta makan sebelum balik ke Lundu. Terima kasih diucapkan kepada penganjur (Dayak Cultural Foundation) serta penaja pertandingan ini (Tun Jugah Foundation & Tune Hotel) di atas segala-galanya (terutamanya makan free!)  sepanjang penganjuran pertandingan ini.

olak makan

Perem makan

cikgu makan

Peringkat Saringan:

Tun Jugah Dance News

Petikan dari The Borneo Post, Isnin – 2 Jun 2009

Pertandingan Tarian bersempena Perayaan Hari Gawai yang dianjurkan oleh Dayak Cultural Foundation (DCF – di bawah Tun Jugah Foundation) ini diadakan selama tiga minggu berturut-turut di ruang legar tingkat bawah pusat membeli belah Tun Jugah.  Saringan pertama diadakan pada 13 Jun lalu yang menyaksikan 6 kumpulan bertanding dan 6 lagi kumpulan pada 20 Jun ini tadi. Peringkat akhir pula akan diadakan pada 28 Jun pada pukul 2.00 petang di tempat yang sama.

Pertandingan ini dibuka kepada semua kumpulan, individu atau sekolah yang berminat. Antara sekolah-sekolah yang telah mencuba nasib mereka di pertandingan ini adalah SMK Wira Penrissen, SMK Green Road, SK St. Teresa  dan SMK Lundu.

Kumpulan ADG telah menghatar dua kumpulan iaitu ADG A dan ADG B, dan kedua-dua kumpulan telah berjaya memasuki peringkat akhir. Kumpulan A membawa tarian Iban ‘Ngajat Ngalu Temuai’ dan Kumpulan B membawa tarian Bidayuh ‘Sigar Nyikoh Jojak’.

Yang lainnya yang berjaya ialah Kumpulan Sri Bayor, Kumpulan Puteri Kenyalang, Kumpulan Sabri Dancers, Kumpulan Lenggang Kenyalang,  Kumpulan Little Warrior dan seorang penari solo iaitu Cik Cecelia Robert Aling.

Kumpulan Bertanding - 13 Jun
Kumpulan Saringan Pertama - 13 Jun

Kumpulan Saringan Kedua - 20 Jun
Kumpulan Saringan Kedua - 20 Jun
Kumpulan ADG A dan ADG B
Kumpulan ADG A dan ADG B

Gambar-gambar kumpulan yang berjaya memasuki peringkat akhir pada 28 Jun ini, 2.00 petang:

Final 1
Kumpulan Puteri Kenyalang
Final 2
Kumpulan Sri Bayor
Final 3
Kumpulan 'The Little Warrior'
Final 4
Kumpulan Lenggang Kenyalang
Final 5
Sabri Dancers
Final 6
Cik Cecelia Robert Aling
Final 7
Kumpulan Anak Dalam Gading A
Final 8
Kumpulan Anak Dalam Gading B