Makan Malam (BBQ) ADG

King & Queen 2
Marlon Dass ak Noel & Leca ak Udin

Pada 18 Julai lalu, para penari ADG telah menganjurkan Majlis Makan Malam yang dihadiri oleh kira-kira 40 orang ahli. Para jemputannya ialah guru pembimbing ADG. Acara ini bermula jam 8 malam dan berakhir kira-kira jam 10.30 malam.

Tema malam tersebut ialah ‘Hawaiian’ (tetapi wajib mengunakan baju t-shirt ADG), jadi semua dikehendaki menggunakan pakaian yang melambangkan alam semulajadi, terutamanya pakaian yang bercorak flora. ‘King and Queen of the Night’ akan dipilih berdasarkan pakaian yang menepati tema dan kekreatifan mereka. Gurulah yang menjadi hakimnya pada malam tersebut.

Selepas acara perasmian dan makan sehingga kenyang nak mampus, setiap ahli dikehendaki membuat ucapan mengenai apa-apa sahaja berkenaan pengelibatan mereka di dalam kelab ini. Ada juga yang bercucuran air mata semasa memberi ucapan mereka (terutamanya mereka yang bakal bersara kerana mengambil SPM tahun ini & yang beremosi giler, alahai…). Kemudiannya, cenderamata khas diberikan kepada semua penari yang mengikuti pertandingan tarian sepanjang tahun ini, diikuti cenderamata sampingan kepada semua ahli-ahli yang lainnya.

[rockyou id=140747288&w=436&h=330]

Advertisements

Published by

CKn

Just like another human being

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s