Kesenian Sabah

Keputusan bagi acara ini yang telah diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya KL pada 28-31 Julai lepas:

Johan Keseluruhan – Kumpulan Pertubuhan Budaya Kinabalu

1. Persembahan Terbaik Keseluruhan RM25,000
– Kump. Pertubuhan Budaya Kinabalu
2. Persembahan Terbaik Tarian Tradisional Daerah (Anugerah Khas Juri) RM10,000
– Kump. Seri Budaya Batu Pahat
3. Persembahan Terbaik Tarian Rampaian Tradisional RM10,000
– Kump. Pertubuhan Budaya Kinabalu
4. Persembahan Terbaik Tarian Tradisional Kreasi Baru RM10,000
– Kump. Pertubuhan Budaya Kinabalu
5. Anugerah Koreografi Terbaik Tarian Rampaian Tradisional RM5,000
– Kump. Seri Budaya Batu Pahat
6. Anugerah Koreografi Terbaik Tarian Tradisional Kreasi Baru RM5,000
– Kump. Pertubuhan Budaya Kinabalu
7. Anugerah Penataan Muzik Terbaik Tarian Rampaian Tradisional RM3,000
– Kump. Kesenian Selangor
8. Anugerah Susunan Muzik Terbaik Tarian Tradisional Kreasi Baru RM3,000
– Kump. Seni Mutiara, Pulau Pinang
9. Anugerah Kostum Terbaik Tarian Rampaian Tradisional RM3,000
– Kump. Seni Mutiara, Pulau Pinang
10. Anugerah Kostum Terbaik Tarian Tradisional Kreasi Baru RM3,000
– Kump. Pertubuhan Budaya Kinabalu

Festival Tari 09Kategori Tarian:

1. Tarian Tradisional Daerah (Anugerah Khas Juri)
2. Tarian Rampaian Tradisional
3. Tarian Tradisional Kreasi Baru

Jadual Pertandingan:

Selasa 28 Julai 2009
Pertandingan Tari:
1. Kumpulan Seri Budaya, Bintulu
2. Kumpulan Kolej Yayasan Melaka
Persembahan oleh:
1. Kumpulan Jo’oh (Orang Asli)
2. Kumpulan Kesenian Separap, Batu Pahat
3. Kumpulan Kesenian Cemerlang (SK Pulau Meranti Sepang)

Rabu 29 Julai 2009
Pertandingan Tari:
1. Kumpulan Seri Budaya Batu Pahat
2. Kumpulan Seni Mutiara, Pulau Pinang
Persembahan oleh:
1. Kumpulan Persatuan Hadrah
2. Warisan Murni “Lakon Beradat” Sarawak
3. Kumpulan Persatuan Suluk Bersatu “Pangalay Ha Agung” Sandakan
4. Kumpulan ‘Dua Space Dance Theatre’ (Cina)

Khamis 30 Julai 2009
Pertandingan Tari:
1. Kumpulan Pertubuhan Budaya Kinabalu
2. Kumpulan Kesenian Selangor
Persembahan oleh:
1. Kumpulan Jo’oh (Orang Asli)
2. Kumpulan Kesenian Separap, Batu Pahat
3. Kumpulan Kesenian Cemerlang (SK Pulau Meranti Sepang)
4. Temple of Fine Arts (India)

Jumaat 31 Julai 2009 (Penutupan)
1. Persembahan Buka Panggung
2. Pengumuman Pemenang dan Penyampaian Hadiah

YB Senator Puan Heng Seai Kie menyampaikan Hadiah kepada Juara Festival Tari 2009 yang berlangsung di Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Turut kelihatan Dato Norliza Rofli Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, dan Dato Mohamed bin Mohd Daud, Timbalan Ketua Setiausaha pada 31 Julai 2009. (Sumber: http://www.kpkk.gov.my)

——————– Berikut adalah petikan dari bernama.com ———————

21 Julai, 2009 17:13 PM

Festival Tari Teruskan Agenda Pelihara Warisan Budaya

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Satu festival tari, Festival Tari Malaysia 2009 akan diadakan di ibu negara penghujung bulan ini, yang menghimpunkan penggiat seni tari tanah air bagi menjayakan pelbagai aktiviti kesenian dan warisan budaya.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Heng Seai Kie berkata festival tari yang akan berlangsung pada 28 Julai hingga 31 Julai itu mempunyai empat pengisian utama iaitu pertandingan tari, persembahan selingan, bengkel koreografi dan persembahan bergerak dan komuniti.

“Menerusi pertandingan tari, di samping dapat meningkatkan mutu persembahan kumpulan tari amatur, ia juga dapat memupuk semangat cintakan kesenian bangsa di kalangan penggiat seni tanah air dan masyarakat,” katanya dalam sidang media sempena festival anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian, di sini Selasa.

Heng berkata masyarakat juga berpeluang melihat cara hidup beberapa suku kaum di negara ini melalui persembahan tarian selingan yang bakal dipersembahkan oleh Persatuan Suluk Bersatu dari Sandakan, Sabah, Kumpulan Hadrah Waris Murni dari Bintulu, Sarawak dan Kumpulan Orang Asli Mah Meri dari Pulau Carey, Selangor.

Sebanyak enam kumpulan tari amatur dari Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah akan berentap dalam pertandingan tari yang bertempat di Auditorium Bandaraya Kuala Lumpur dari pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam.

Dua kategori utama akan dipertandingkan iaitu tarian rampaian tradisional dan tarian tradisional kreasi baru manakala kategori tarian tradisional daerah akan diberi anugerah khas juri.

“Hadiah wang tunai berjumlah RM21,000 bakal menjadi milik pemenang bagi kedua-dua kategori tersebut manakala pemenang bagi persembahan terbaik keseluruhan akan menerima wang tunai berjumlah RM25,000 dan pemenang anugerah khas juri akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000,” katanya.

— BERNAMA