FEJA 2009

Festival Joget Asli UiTM 2009, Piala Pengarah Kampus UiTM Perlis telah berlangsung pada 7 – 9 Ogos 2009. Festival tersebut  julung kalinya dilaksanakan dan menjadikan UiTM Kampus Perlis selaku tuan rumah penganjuran bagi UiTM seluruh Malaysia. Festival tersebut bertujuan untuk mendedahkan kebudayaan masyarakat di Malysia dan membawa nama UiTM sebagai universiti yang turut memartabatkan seni dan budaya.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan mutu persembahan kumpulan mahasiswa kebudayaan dan kesenian UiTM.

2. Memelihara kesinambungan, meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang tanggungjawab untuk memelihara dan memperkembangkan warisan budaya kebangsaan.

3. Memberi peluang kepada peserta (koreografer dan penari) menunjukkan bakat dan kreativiti dengan mempamerkan kualiti seni tari yang bermutu tinggi selaras dengan nilai-nilai keperibadian kebangsaan.

4. Menggalakkan pelajar menceburi kegiatan berteraskan kebudayaan dan kokurikulum.

KONSEP PERTANDINGAN TARIAN

Terbahagi kepada 2 KATEGORI, iaitu;

i. KATEGORI JOGET ASLI – 6 minit

– tarian berlatarkan muzik lagu-lagu Joget Asli Melayu. Koreografi tari dan keaslian gerak merangkumi aspek gerak tari ASLI secara tradisi, gerak tubuh dan kelenturan badan, pergerakan tangan (aspek hayunan/posisi dan aras), pandangan mata dan pemindahan gerak badan yang licin/lancar.

ii. KATEGORI JOGET KREATIF – 6 minit

– tarian ini hendaklah merupakan satu koreografi tarian dan haruslah berlandaskan elemen tradisi atau Malaysia secara kreatif yang bersifat persembahan komersial.

JADUAL PERTANDINGAN (TARIKH, TEMPAT DAN MASA)

Tarikh      :   8 Ogos 2009

Tempat    :   Dewan Besar UiTM Perlis, Kampus Arau

Masa         :   2.30 pm – Kategori Joget Asli & 8.30 pm – Kategori Joget Kreatif

UiTM Sarawak, Kampus Kota Samarahan telah mengikuti festival tersebut dengan mempersembahkan Tarian GERENEK TANJONG KATONG bagi kategori Joget Asli dan Tarian SARONG bagi kategori Joget Kreatif. Paling best part ni, kumpulan ni cuma berlatih kurang dari 1 hari (kalau dikira mengikut jam…) Mereka mula berlatih pada hari ahad (2 Ogos) pada pukul 8.00pm – 11.00pm sehingga hari Khamis (6 Ogos). Kalau dihitung cuma 15 jam sahaja. Pening kepala bagaimana mau menyiapkan 2 tarian dalam masa yang sangat singkat. Tapi dengan kerjasama dan pengorbanan masa belajar (study malam) dan tenaga, mereka (sampai ada yang mengatuk kerana penat, dalam bilik kuliah) berjaya menyiapkan 2 tarian tersebut pada hari Khamis. Jadi 1 jam yang berikutnya sesi penghalusan dan penghafalan… The next day, mereka pun berangkat ke Perlis!!! Pesanan kepada mereka agar jangan mengharapkan apa-apa tetapi beri persembahan yang terbaik, kerana itu adalah usaha yang dapat dibuat dalam masa yang singkat (alah… bunyi tak confident lah tu… saja nak sedapkan hati… hehehe…)

Tarian Gerenek Tanjong Katong - Joget Asli
Tarian Gerenek Tanjong Katong - Joget Asli

Bagi yang dah melihat aksi mereka di UiTM Perlis pada hari tersebut, tidak hairan jika ada pincang di sini sana… untuk pengetahuan anda, kami tidak mengikuti pasukan itu ke festival tersebut. Jadi tertinggallah kami di Sarawak… Huhuhu… Sepanjang hari Sabtu, mesej kat handphone penari memang tak henti-henti berbunyi, kerana  mau tau perkembangan mereka di sana. Hati tidak senang, sepanjang hari tersebut. Dengar cerita dari penari (melalui sms), tarian negeri-negeri lain bukan main hebat dan tarian Sarawak macam out of concept sahaja daripada negeri lain… Aduh… (makin jatuh semangat…)

Sehinggalah jam 11.30pm, kami dapat panggilan telefon dari dancer…. Keputusannya…

JUARA KATEGORI JOGET ASLI  –  UiTM SARAWAK

JUARA KATEGORI JOGET KREATF  –  UiTM SARAWAK

JOHAN KESELURUHAN  –  UiTM SARAWAK

NAIB JOHAN  –  UiTM SABAH

TEMPAT KETIGA  –  UiTM PAHANG

Dari Kiri... UiTM Sabah, UiTM Sarawak dan UiTM Pahang
Dari Kiri... UiTM Sabah, UiTM Sarawak dan UiTM Pahang

Masa tu rasa macam nda percaya bah… Aduh… Masa tu saya dah nda dengar apa-apa lagi sebab suara penari-penari dibelakang kuat menjerit keriangan… tahniah buat semua mereka.

Tarian Sarong - Kategori Joget Kreatif
Tarian Sarong - Kategori Joget Kreatif

Kami mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Hazis Wahab (nama sebenar) kerana telah memberi kepercayaan kepada kami bagi memikul tanggungjawab untuk koreograf tarian bagi pasukan UiTM Sarawak. Juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penari-penari UiTM Sarawak, Saudara Popo, Jamal, Christ, Val, Pinky, Ann, Berry & Lydia (bukan nama sebenar, kerana nama sebenar mereka panjang) kerana telah memberi kerjasama kepada kami yang tidak terhingga. Terima kasih juga buat Joe & Dayang (hampir kepada nama sebenar…) kerana menjadi menjadi krewa dan stand-in yang setia. Ini merupakan pencapaian kami yang amat tinggi kerana buat pertama kali koreograf tari buat institusi yang lebih tinggi. Terima kasih buat Abang Isa (bukan nama sebenar kerana nama sebenarnya Mohd. Isa Edi) kerana telah memberi peluang bagi kami untuk mencuba kebolehan kami pada anak didik anda. Yalah.. kan biasa just mengajar Anak Dalam Gading,  SMK Lundu…

UiTM Sabah - NAIB JOHAN...
UiTM Sabah - NAIB JOHAN...

Ini UiTM Sabah jiran sebelah jer… Tahniah buat kontigen BORNEO. Nda buleh jauh 2 negeri ni.. ” Tuti (dancer kat tengah), nampak happy saja kau… Salam sama Kak Rachel@Jusehi@Kichik).”

UiTM PAHANG - TEMPAT KETIGA
UiTM Pahang - TEMPAT KETIGA

Yang ni UiTM Pahang… Ada gak sorang geng sana orang Sarawak… Tahniah juga buat mereka. Saya suka headgear mereka. Cantik bah… Buleh minta… Hehehehe…

Maaf video nda da sebab mereka nda da bawa video camera. Kalau ada siapa-siapa yang pergi ke festival tersebut dan merakam persembahan semua kumpulan, tolong kasi tau ya… nanti boleh sharing-sharing… hehehe…

Plus… Sapa yang ada lihat UiTM Sarawak performed, buleh tolong bagi komen pasal persembahan mereka? Dengar dari dancer sendiri, mereka cakap, “Aduh, banyak sangat salah… Kami nda puas hati dengan persembahan kami… Rasa mau ulang lagi…”

Sekian cerita kali ini.. Chow…

Fred a.k.a ewek83