Selamat Hari Raya 09ADG ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yang merayakannya.

Berbilang kaum hidup bersama,
Bersopan-santun amatlah mesra,
Tak kira bangsa juga agama,
Aidilfitri disambut dengan gembira.

Di sini kami ingin mengambil kesempatan  untuk memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran kami sama ada dari segi kata-kata di dalam blog ini secara langsung atau tidak langsung.

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan.