IMAGE_02422_resizeProgram Bimbingan Seni Budaya telah dijalankan di SMK Lundu selama 3 tahun, di bawah kelolaan Sektor Kebudayaan – Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK). Bagi melayakkan pelajar yang mengikuti program ini untuk mendapatkan sijil, terlebih dahulu mereka mesti menduduki ujian bertulis dan amali.

Jadual ujian pelajar SMK Lundu;

Tarikh      :    25 Oktober 2009 (Ahad)
Masa        :   2.00-5.00 petang
Tempat    :   Dewan Sri Gading (Kertas I), Bilik Kelas Kertas II)
Kertas     :   Kertas I (Objektif & Subjektif)  &  Kertas II (Amali)

Terlebih dahulu, mereka mengambil Kertas I di Dewan Sri Gading. Selesai sahaja ujian tersebut, mereka dibahagikan kepada 6 kumpulan (5-6 orang) secara undian. Kemudian kumpulan tersebut dipanggil satu persatu untuk mengambil ujian amali di dalam kelas. Yang lainnya, menunggu giliran mereka untuk dipanggil di dewan.

Koleksi Gambar-gambar Semasa Ujian:

Mereka yang mengambil ujian bertulis. Semua muka serius dan penuh konsentrasi. Nak sijil!

KyusukAsyikIMAGE_02431_resize

Selesai sahaja ujian bertulis, mereka tanpa membuang masa berlatih untuk ujian seterusnya. Ini adalah aksi-aksi mereka sementara menunggu giliran. Sungguh berdedikasi nampaknya, takut lupa steps!IMAGE_02432_resizeIMAGE_02433_resizeIMAGE_02439_resizeIMAGE_02440_resizeIMAGE_02441_resize

Gambar-gambar seterusnya pula adalah aksi-aksi mereka semasa mengambil ujian amali di dalam bilik kelas. Ada yang lupa steps, salah pusing, garu kepala yang tak gatal, geleng kepala kerana kompius, ketawa dengan gelagat sendiri dan kekawan. Pendek kata, macam-macamlah. Tetapi kesian jugalah nak letak gambar-gambar yang sebegitu, jadi gambar-gambar di bawah adalah gambar-gambar yang hampir ‘perfect’ dari semua kumpulan.  Kump 1Kump 2Kump 3Kump 4Kump 5Kump 6

Ini pula adalah gambar guru-guru pembimbing mereka (juri-juri ‘So you Think You Can Dance’ SMK Lundu).IMAGE_02476_resize

Bagi pelajar-pelajar yang tidak menghadiri ujian ini tadi, mereka diberi peluang untuk mengambil ujian ini pada 8 November kelak. Selepas tarikh tersebut, sesiapa yang tidak mengambil ujian, tidak akan layak mendapat  sijil.