Banner APC 2009

Pada 29 Oktober 2009 bersamaan dengan hari Khamis, SMK Lundu telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2009 bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan di sepanjang sesi 2009 ini. Kelab Giat Budaya Anak Dalam Gading telah membuat persembahan tarian sambutan ‘Timang Burung’. Tarian tersebut diambil daripada program So You Think You Can Dance (Malaysia). Tarian ‘Timang Burung’ ini juga telah diatur sendiri oleh penari-penari  (pelajar) ADG sendiri di bawah bimbingan guru-guru ADG. Lebih kurang 3 minggu masa yang telah diperuntukkan untuk ADG membuat persediaan bagi membuat persembahan tarian Timang Burung ini.

Tambahan pula, lebih membanggakan apabila seorang penari ADG iaitu Sandra Etty ak Diet dari kelas Tingkatan 5B telah diberi penghargaan melalui Anugerah Khas Pengetua 2009, iaitu anugerah tertinggi yang diberikan kepada seseorang pelajar setiap tahun. Saudari Sandra telah dicalonkan oleh guru-guru dan mendapat penilaian yang amat memberansangkan oleh Panel Penghakiman berdasarkan beberapa ciri kriteria. Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada saudari Sandra dan terima kasih ADG ucapkan kerana telah banyak bekorban dan meluangkan masa untuk bersama kami sejak tingkatan 1 lagi. Jasamu akan dikenang…

(Laporan: Jimmy ak Peter – Pengerusi ADG 2010)

DSC00772 SandraDSC00751_resizeDSC00753_resizeDSC00754_resizeDSC00755_resizeDSC00757_resizeDSC00764_resizeDSC00766_resize

Advertisements