F6 2009

SMK Lundu telah menganjurkan Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan Enam Atas bagi sesi 2008/2009 pada 30 Oktober 2009 di Dewan Sri Gading, SMK Lundu. Dengan bertemakan Modal Insan Penjana Warisan Gemilang, majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Bihud anak Apok  selaku Pegawai Pelajaran Daerah Lundu.

ADG sekali lagi telah dijemput untuk membuat persembahan pembukaan. Tarian yang telah dibawa ialah tarian yang berjudul ‘Tari Sapu Laman,’ yang juga telah diambil daripada Youtube. Seperti mana tarian ‘Timang Burung’ yang dibawa pada hari sebelumnya, tarian ‘Tari Sapu Laman’ ini juga telah diatur sendiri oleh penari-penari ADG sendiri di bawah bimbingan guru-guru ADG.

[Laporan: Jimmy ak Peter – Pengerusi Sesi 2010]

DSC00780 resizeDSC00774_resizeDSC00784_resizeDSC00785_resizeDSC00786 resizeDSC00788_resizeDSC00791_resize