Pada 8.30 malam, 16 Januari 2010 yang lalu, bertempat di Pasar Tamu Lundu, telah berlangsungnya  Majlis Pelancaran Local Agenda 21 oleh Y.B. Datuk Seri Panglima Hj Lajim Bin Hj Ukin – Timbahan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,  YB Datuk Amar  Hj Adenan Bin Hj Satem – Ahli Dewan Undangan Negeri N.13 Tanjung  Datu dan YB Encik Ranum Ak Mida – Ahli Dewan Undangan Negeri N.1 OPAR.

ADG telah diberi penghargaan untuk mempersembahkan satu dramatari yang bertajuk ‘Spirit of the Forest’ yang mana amat bersesuaian dengan tema pada malam itu.

Untuk pengetahuan semua, Local Agenda 21 merupakan pelan tindakan global atau rangka tindakan (blue print) bagi pembangunan mampan hasil Deklarasi Rio De Jenerio, Brazil pada tahun 1992 yang dihadiri oleh 178 buah negara termasuk Malaysia. Program ini menekankan penglibatan tiga pihak iaitu PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), masyarakat dan sektor swasta untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Program Local Agenda 21 (LA21) di Malaysia telah memasuki Fasa ke 3 iaitu peringkat perluasan pelaksanaan di peringkat PBT Majlis Daerah.

Tatapilah gambar-gambar ADG yang diambil sebelum, semasa dan selepas pesembahan tersebut:

Sebelum persembahan, semasa menunggu raptai 2.00pm raptai.

Persiapan ADG di Dewan Sekolah sebelum bertolak.

Di Pasar Tamu, sebelum persembahan.

9.30 malam, selesai sudah persembahan, jom kita makan!