Dari hari Sabtu ke Hari Ahad, proses pemilihan penari baru  dan sesi latihan dijalankan dengan intensif untuk memilih mereka yang layak untuk membuat persembahan di hadapan Timbahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan  Malaysia yang  akan berkunjung ke Lundu pada 28 Januari ini untuk menghadiri Majlis MyIX dan Pusat Jalur Lebar Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang bertempat di Dewan Masyarakat Lundu.

Sebahagian besar penari-penari baru adalah dari sesi petang dan mempunyai potensi besar untuk menjadi penari elit ADG yang mana akan dihantar untuk pertandingan-pertandingan tarian pada masa hadapan.

Berikut adalah video latihan yang diambil pada hari ini tadi.

Berikut adalah gambar-gambar sesi pemilihan dan latihan selama 2 hari.

Penari-penari lelaki yang diminta memotong rambut supaya lebih pendek dan kemas. Siap dihantar ke kedai gunting dan dibelanja oleh guru pembimbing mereka. Gambar-gambar mereka sebelum dan selepas bergunting. Yang lain akan menyusul kemudian.

Advertisements