Pada 28 Januari yang lalu, pasukan ADG sekali lagi telah dijemput untuk membuat persembahan tarian bersempena dengan Majlis Pelancaran MyIX dan Pusat Jalur Lebar Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Masyarakat Daerah Lundu. Pasukan ADG telah menerima jemputan untuk membuat persembahan seminggu sebelum hari kejadian. Tarian yang dibawa berjudul ‘Sembah Gading.’

Pada mulanya, pemilihan telah dibuat beberapa hari sebelum persembahan. Bilangan penari yang telah dipilih ialah seramai 8 orang penari lelaki dan 9 orang penari perempuan manakala dibantu oleh 2 orang kru. Acara tersebut dilangsungkan semasa waktu persekolahan termasuklah sesi penyesuaian pentas. Jadi, ribuan terima kasih kepada guru-guru ADG dan juga pihak pengurusan sekolah kerana bertindak dengan sewajarnya agar ADG dapat melakukan persembahan di samping tidak mengabaikan pembelajaran.

Laporan oleh Ketua Kontijen:
Jimmy Peter

Berikut merupakan gambar-gambar yang telah di ambil sebelum, semasa dan selepas majlis pelancaran tersebut. Termasuk juga video ‘Tarian Sembah Gading.’