TARIKH :

26 April 2010 : Penyesuaian Pentas

27-28 April 2010 : Pertandingan

29 April 2010 : Majlis Penangguhan Rasmi

TEMPAT : Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS)

PENGANJUR : SMK Padungan, Kuching

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. SISTEM PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan (Tingkatan 1-6 Atas tahun 2010).

2. PENYERTAAN

2.1 Tidak kurang daripada sepuluh (10) orang dan tidak lebih daripada dua belas (12) orang murid sekolah menengah.
2.2 Peserta bagi setiap pasuan mestilah terdiri daripada lelaki / perempuan atau lelaki dan perempuan dari sekurang-kurangnya dua kaum.

3. PERSEMBAHAN
Setiap kumpulan WAJIB mempersembahkan kedua-dua kategori tarian iaitu:

3.1 Kategori A
Tarian Rampaian 3 tarian tradisional dengan gabungan Tarian Inang, Zapin, Lagu Melayu Asli atau Joget.
Masa : Tidak kurang 6 minit dan tidak lebih 8 minit.
3.2 Kategori B
Satu Tarian Rakyat negeri atau satu Tarian Etnik di Malaysia.
Masa : Tidak kurang 4 minit dan tidak lebih 6 minit.
3.3 Permotongan masa
Masa kurang – tolak 5 markah.
Masa lebih – tolak 5 markah.
3.4 Jangka masa persembahan mula dikira apabila penari pertama keluar dan bukannya pada permulaan muzik dan berakhir apabila semua peserta membuat persembahan terakhir.
3.5 Tarian yang dipersembahkan hendaklah mempunyai tema atau mesej yang jelas.
3.6 Gerak laku yang berunsur negatif dan sensitif adalah dilarang.

4. PERMARKAHAN

Kategori A (Rampaian Tarian Tradisional)
o Koreografi atau keaslian tari  – 35
o Koordinasi muzik dan gerakan – 10
o Pecahan tari dan pola lantai  – 15
o Kesantunan  – 20
o Busana dan tatarias  – 20
MARKAH PENUH – 100

Kategori B (Satu Tarian Rakyat/Etnik)
o Koreografi atau keaslian tari – 35
o Koordinasi muzik dan gerakan – 10
o Pecahan tari dan pola lantai – 15
o  Kesantunan – 20
o Busana dan tatarias – 20
MARKAH PENUH – 100

5. PENGHAKIMAN

5.1 Dihakimi oleh empat (4) orang hakim dengan seorang ketua hakim.
5.2 Setiap hakim menghakimi semua bahagian pemarkahan.
5.3 Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
5.4 Keputusan hakim adalah muktamad.

6. KATEGORI HADIAH

6.1 Kategori A (Rampaian Tarian Tradisional)
*Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga
6.2 Kategori B (satu Tarian Rakyat / Etnik)
* Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga
6.3 Keseluruhan
* Johan, Naib Johan, Tempat ketiga dan 3 Saguhati
* Trofi, Medal dan Sijil Penyertaan

Sila klik di bawah untuk membaca:

A. Syarat-syarat Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Rendah Dan Menengah Kebangsaan 2009.

B. Keputusan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah dan Rendah Kebangsaan 2009

C. Keputusan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Negeri Sarawak 2009

D. Keputusan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Bahagian Kuching 2009