Latihan dan Aktiviti ADG – 10 dan 11 April 2010

Selain mengadakan latihan intensif sebagai persediaan menjelang pertandingan tarian pada 27-28 April ini, ADG juga menganjurkan pertandingan tarian antara kumpulan. Kumpulan dari sesi petang dibahagikan kepada 2 kumpulan sementara sesi pagi kepada 4 kumpulan. Tetapi pada hari Ahad lepas, hanya kumpulan dari sesi petang sahaja yang berentap kerana ada ahli-ahli ADG dari sebelah pagi sibuk menjalani latihan intensif untuk pertandingan antara sekolah dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pertandingan ini. Jadi pertandingan antara kumpulan sesi pagi ditunda kepada bulan depan (Mei).

Muzik yang sama (lebih kurang 5 minit) diberikan kepada keenam-enam kumpulan ini 2 bulan yang lepas. Antara syarat-syarat yang diberi ialah, koreografi mestilah mengikut kreativiti ahli-ahli kumpulan sendiri (tidak menciplak mana-mana tarian ADG yang lepas atau kumpulan lain), kostum sendiri dan props sendiri. Hadiah bagi yang menang, lumayan.

Kumpulan 'The Blues'
Kumpulan 'We Love Culture'

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua kumpulan tersebut. Sesungguhnya kami amat bangga dengan komitment dan persembahan kedua-dua kumpulan tersebut.

Latihan intensif pula dijalankan seperti biasa. Syukurlah kerana tarian rampaian dan etnik ADG susah siap. Kini hanya tinggal untuk sesi penghalusan sepanjang 2 minggu ini.

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti sepanjang minggu tersebut:

Berlatih di hadapan cermin papan kenyataan kantin. Tedah...

Latihan Tarian Rampaian untuk pertandingan.
Ramai-ramai menjahit
Ada juga lelaki yang menolong menjahit
Persembahan Kumpulan 'The Blues'
Persembahan Kumpulan 'The Blues'
Persembahan Kumpulan 'We Love Culture'
Persembahan Kumpulan 'We Love Culture'

Advertisements

Published by

CKn

Just like another human being

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s