Persembahan Tarian Etnik semasa Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Bahagian Kuching 26-29 April 2010.
Tarian Sazau dari suku KadazanDusun dari Daerah Papar, Sabah. Mendapat tempat kedua Kategori Etnik dan juga tempat kedua bagi keputusan Keseluruhan.
Markah ditolak kerana ‘kemalangan’ semasa tangan salah seorang penari lelaki terlanggar ‘saung’ perempuan. Jadinya, sedikit markah ditolak. Tetapi kami semua tetap berbangga dengan persembahan ADG pada hari tersebut. Tahniah!

Tarian Rampaian bertajuk ‘Pucuk Rebung Gading’ dan Tarian Kreatif bertajuk ‘Simijog’ (bermaksud ‘Bangkit Berdiri’ dalam bahasa Bidayuh)yang dipersembahkan semasa Festival Tari Malaysia Peringkat Zon 1 Sarawak 2008. Bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan untuk mencari wakil Zon 1 ke Peringkat Negeri Sarawak. ADG mendapat tempat ketiga keseluruhan.

Pertandingan Tarian Antara Sekolah-sekolah Menengah bertempat di Dewan TAZA IPGM Batu Lintang Kuching pada tahun 2009. Mendapat tempat ketiga keseluruhan.
Advertisements