Pada 15 & 17 Mei 2010 yang lalu, SMK Lundu telah mengadakan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah. Acara sambutan Hari Guru SMK Lundu bermula pada hari Sabtu (15 Mei 2010) dengan gotong-royong para guru bersama ibubapa-ibubapa para pelajar SMK Lundu yang dianjurkan oleh PIBG SMK Lundu. Kemudian diteruskan lagi dengan acara sukaneka warga pendidik SMK Lundu yang telah dianjurkan oleh Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM). Pelbagai telatah para guru yang amat disayangi pada pagi tersebut.

Tepat jam 9 pagi, para guru kemudiannya berehat bagi meneruskan upacara yang seterusnya iaitu Perasmian Perayaan Hari Guru SMK Lundu yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Mortadza b. Hj. Alop, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak. Majlis tersebut telah dijayakan hasil usaha PERTINAM SMK Lundu bagi guru tercinta. Pada majlis tersebut, pasukan Anak Dalam Gading telah dijemput untuk  membuat persembahan. Tarian yang telah dibawa ialah Rona Kasih.

Pada sebelah malamnya pula, acara diteruskan lagi dengan Majlis Apresiasi Guruku Sayang. Para guru SMK Lundu menghadiri majlis makan malam yang telah dijalankan Kelab Kebajikan Sekolah SMK Lundu. Pada malam tersebut, ADG juga telah membuat persembahan bernama Sembah Gading. Tapi kali ini, kami menampilkan muka-muka baru bagi membiasakan mereka kepada pentas.

Akhir kata, penari-penari ADG mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua cikgu yang pernah, telah dan masih bersam ADG. Cikgu Susie, Cikgu Colin, Cikgu Yusby, Cikgu Morgan, Cikgu Halimah, Abang Fred dan Abang Jack, tak lupa juga Cikgu Mimi, Cikgu Sarong, Cikgu Nur Athirah, Cikgu Ustazah Hafsah dan Abang Ambai, kami memohan ampun dan maaf ke atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah kami lakukan selama ini semenjak zaman Anak Dalam Tok Wi sehinggalah sekarang. Berkati dan restuilah ilmu yang telah dicurahkan kepada kami selama ini. Semoga kita semua akan dimurahkan rezeki olehNya. Jasa cikgu-cikgu ADG akan tetap kami kenang sampai bila-bila. TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU ADG…..

Laporan oleh Ketua Pelajar ADG:
Jimmy ak Peter