Good day my dear ADG,

Macam mana dengan cuti sekolah & cuti Gawai korang semua? Harap semuanya dalam keadaan yang happy-happy disamping keluarga masing-masing. Lepas cuti ni, kita ada projek baru. Banyak juga yang kena buat ni. So, harap korang semua beri kerjasama yang sepenuhnya. Dengar khabar dari guru-guru ADG yang lain, macam ada program menarik untuk kita uruskan selepas cuti Hari Raya. Hmmm…

Saja nak coret-coret, bila asyik diasak kenyataan-kenyataan dan komen-komen yang sangat menarik kat post Keputusan Pertandingan Tarian Bahagian Kuching 2010 tu. Nak lepaskan geram sikit pun ada. Sesabar-sabarnya saya, ada hadnya juga. Kalau korang nak tau, rajin-rajin lah baca komen kat sana. Hairan kenapa sesetengah orang suka nak mengungkit-ungkit kisah dan kejayaan yang lama, sedangkan benda tu suma dah berlalu. Yalah, part-part menari atas dulang, cawan or something lah… Yup, memang hebatlah masa tu. Dengar dari penjelasannya pun, dah ‘meremang bulu roma ku’… Sayanglah saya nda da masa tu untuk melihatnya dan merasa kehebatan tu… Yes, that’s it. Get over it… Penari-penari sekolah menengah bukannya dok di sekolah sepanjang hayat pun. So nak kata ‘hebat’ tu sampai sekarang, tak juga kan? Hehehe….


Wahai ADG sekalian, kalau kita nak ungkit kejayaan Anak Dalam Gading sepanjang penglibatan dalam pertandingan ni. Ada juga yang boleh kita banggakan… Betul kan? Anak Dalam Gading (SMK Lundu, Kuching, Sarawak) telah mendapat JOHAN KEBANGSAAN sebanyak 2 kali lagi(ni lom masuk Johan2 yang along the way to Kebangsaan)

2006 – Pertandingan Tarian Skolah Menengah Peringkat Kebangsaan di Johor Bharu, Johor.

JOHAN KEBANGSAAN 2006

2008 – Pertandinagn Tarian Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Kebangsaan di Ipoh, Perak.

JOHAN ASAT KEBANGSAAN 2008

Masing-masing pertandingan tersebut kita bersaing dengan negeri yang hebat juga dalam bidang seni tari iaitu Negeri SABAH. Pada dua-dua tahun tersebut, Sabah dapat NAIB JOHAN. Okay… Then ada satu lagi…

2008 – Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak anjuran Kampung Budaya Sarawak (SCV)

JOHAN NEGERI SARAWAK 2008 (SCV)

Soo… Sekolah yang diagung-agungkan orang tu, pernah tak dapat johan kebangsaan? Setakat johan peringkat negeri tu.  Hmmm…. Inilah statement paling sombong pernah saya buat. So??? Apa yang saya dapat? Nda da pa-pa kan? Gaji pun nda da daripada membanggakan diri dan kejayaan-kejayaan ADG selama ini… Suma benda tu dah lepas, nda pa-pa mau dibanggakan. Saya pun nda bangga dengan suma tu, bersyukur jer… Tu sejarah… Buka lembaran baru lah…

Jurulatih SMK TAH Openg & SMK Pending… Kedua-dua mereka adalah teman saya. Mereka berdua merupakan orang yang berpengalaman dalam bidang ini. Hubungan kami baik-baik belaka. Bila ada kemusykilan, masing-masing bertanya, berkongsi pendapat dan nasihat dalam proses pembikinan karya masing-masing. Tetapi kerana segelintir orang fanatik yang suka mengapi-apikan & melaga-lagakan keadaan, hubungan jurulatih dan sekolah menjadi tegang. Malah segelintir fanatik ini juga, mengibaratkan dunia seni tari ini sebagai ‘medan perang’ bagi sekolahterutamanya 3 buah sekolah ni lah…. Macam mana mau memajukan seni tari Sarawak, bila kita sendiri nda bleh bekerjasama dan bersatu hati…? “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.” – Rasanya… bila tanya jurulatih2, jangan-jangan mereka pun nda tau apa kisah disebalik tiap pertandingan. Orang lain yang havoc nda tentu pasal. Tiap-tiap tahun macam ni…Hmmm…

So, kepada ADG ku tersayang… Dalam dunia seni tari, semuanya amat SUBJEKTIF. Tiada yang betul dan tiada yang salah. Pemahamannya begitu meluas, lebih luas dari semesta alam sekeliling kita. Maka dengan itu, jangan suka-suka untuk mengatakan hasil karya orang lain itu salah atau betul. Tetapi anda boleh menjelaskan apa pemahaman anda & bincang bersama. kemungkinan ada sesuatau yang orang lain lebih tahu, yang kita belum tahu. Dan anda juga boleh berkongsi maklumat apa yang anda tahu, yang mereka tidak tahu. Kerana setiap karya mempunyai maksudnya tersendiri. Seperti yang telah saya perjelaskan dalam kelas kita yang lepas-lepas… Tarian merupakan? Apa media yang terlibat? (Cuba jawab… Kalau nda pasti, buka balik buku nota anda…) Jadi jangan rasa diri tu dah pandai dan betul, memandai-mandai nak kata orang lain salah…..

Selain itu, saya juga nda mau ADG ku yang tersayang ni, bila dah abis sekolah. Jangan lah terlalu OBSES (ayat yang fofular dipakai oleh ADG sekarang ni…) dengan kumpulan ADG ni. Kadang-kadang tu, ada masa BANGUN dan ada masa JATUHnya. Jadi, janganlah nanti buat cerita kat tempat lain, cakap yang hakim atau juri nda pandai nak hakim kerana ADG kalah dalam pertandingan. Manatau kebetulan ADG buat tarian yang unik dan pelik-pelik, tiba-tiba kalah. Kita tidak tahu kemampuan penari-penari ADG, junior-junior anda sekarang sedang belajar. Jadi jangan mengharapkan dan beri tekanan kepada mereka, manatau saya dah nda da idea atau malas nak pecah kepala nak buat tarian. Mungkin tarian nda best dibuat saya, so jangan juga salahkan mereka. Skill penari setiap tahun nda sama, tapi kami janji untuk membuat prestasi penari ADG maintain lah setiap tahun Tapi TIDAK MENGGANAS lah, sebab macam orang gila jak nak tiba-tiba buat macam tu nda tentu pasal… Sungguh bertentangan dengan ajaran seni…

Kalau ada yang dah masuk IPTA/S atau dah kerja kat mana-mana tu, kalau masih aktif dengan aktiviti menari, janganlah lokek untuk kongsikan apa yang telah dipelajari sepanjang berada dalam ADG. Tak kemana ilmu tu kalau nda di kongsikan bersaa. Jangan pulak berlagak sombong, nanti nda da berkat dalam hidup. Terima kritikan orang sebagai pemangkin dan semangat untuk berudaha dan memperbaiki apa yang lemah dan kurang. Sama seperti kita telah berusaha untuk perbaiki dari tahun ke tahun hingga membuahkan hasil dalam tarian RAMPAIAN kita yang selama ini selalu kena TERJAH dengan bermacam-macam komen…Kan????

Kami berbangga dan mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada ADG yang senior pada tahun ini, kerana telah bersama kami dan guru-guru yang lain menempuh banyak dugaan dan pengalaman yang best-best. Kerana telah mengharumkan nama ADG dan SMK Lundu sehingga berapa di tahap ini sekarang. Kehilangan anda semua memang amat terasa pada tahun hadapan. Ada juga yang dah pandai berjinak-jinak dalam koreografi, jadi pemerhati, jadi tukang lead, jadi tukang halus dan tukang yang macam-macam lah… That’s good, keep it up.

Oh ya… Bagi penari ADG yang masih contact sama kumpulan The Tagaps (Maktab Sabah), ucaplah terima kasih banyak-banyak sama mereka (melalui sms/frindster/facebook). Kerana mereka telah memberi banyak inspirasi dan pemangkin untuk kita berlatih. Ada gak desas-desus khabar angin sampai di telinga saya, orang di Kuching kata penari ADG menari macam penari Maktab Sabah. Bangganya… Bukan main tiap-tiap malam buat kajian teknik dan skill… Hahaha… Thanks to Abang Jimmy korang, yang dah jadi tukang pot pet, tak rugi kena “Tak bagus…ulang semula…” kan???  Tapi bagi kita, kita belum lagi ke tahap seperti itu…

Selepas cuti Gawai ini, kami telah menyediakan beberapa program untuk anda semua. Semua akan terlibat. Boleh kata berat juga tugasan-tugasan ini. Tapi ini demi kebaikan ADG sendiri. Harap anda semua dapat beri kerjasama sepenuhnya. Kita akan melalui 5 bulan yang paling best nanti. All the best…

Cuti tu, cuti juga. Jangan pulak sesi latihan pertama kita, semua macam baru masuk sekolah awal tahun… Siap terima gaji yang banyak nanti… Selamat bercuti dan berjumpa di Dewan Sri Gading nanti…

P/S : Banyak lagi yang perlu kita belajar, jangan bongkak dan sombong. Selagi kita hidup, selagi itu kita masih belajar… Sshiinnngg…. (Pari-pari Hijau…)

P/S : Papi-pari Hijau dah melahirkan anak lelaki pada 3hb Jun!!!!! Tahniah!!! Jangan nda melawat tau….

Fred