Latihan Persembahan Jemputan BAPOM

Hotel Crowne Plaza Kuching

ADG telah menerima jemputan untuk membuat persembahan pada Majlis Makan Malam Penghargaan Bau Palm Oil Mill (BAPOM), iaitu anak syarikat Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority (SALCRA),  di Hotel Crowne Plaza pada 18 Julai 2010 ini. Tetamu terhormat pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak. Numpang.

Bau Palm Oil Mill

Pada kali ini, ADG membuat keputusan untuk membawa penari-penari yang bukan dari kelas peperiksaan. Bermakna, hampir semua penari-penari senior dan elit akan ‘berpencen’ dari membuat persembahan / pertandingan di luar sekolah sehinggalah akhir tahun ini. Keputusan dibuat agar para pelapis ADG mendapat pendedahan membuat persembahan di khalayak ramai kerana mereka inilah yang akan dihantar untuk menyertai pertandingan pada masa yang akan datang. Pengalaman mereka amat berguna agar kesinambungan kumpulan ini dapat diteruskan.

Latihan untuk persembahan ini telah dibuat selama dua minggu. ADG telah diminta untuk membuat persembahan bercirikan etnik-etnik yang ada di Malaysia selama 7-8 minit. Setakat ini, latihan berjalan lancar walaupun latihan yang lebih giat perlu untuk memantapkan lagi persembahan mereka. Daripada 15 orang yang dipilih (6 lelaki, 9 perempuan), hanya 4 orang sahaja yang mempunyai pengalaman menari yang cukup. Mereka yang baru diberi tunjuk ajar oleh senior-senior mereka. Diharapkan ADG junior akan dapat memberikan yang terbaik pada persembahan pada malam tersebut.

Seperti yang anda lihat di gambar-gambar di bawah, kebanyakkan masih kecil molek (terutamanya lelaki). Hampir semua adalah dari sesi petang (tingkatan 1 & 2). Jika mereka dapat membuktikan diri mereka sendiri pada persembahan kali ini, merekalah yang bakal mengantikan penari-penari elit sekolah. Selamat berjaya!

Advertisements

Published by

CKn

Just like another human being

One thought on “Latihan Persembahan Jemputan BAPOM”

  1. Wah meriahnya korang..! Anyway,1st of all…tahniah becoz design blog ni simple but nice. N ada muka aku kat atas skali. Hehe… So,adik2 ADG….! Tahniah becoz korang sudah join Family ADG. Yang dah nak chow tue…..keep in touch n give support kpd yg baru k. Luv u all… Owh ya,dah jumpa blowm pengganti Jimmy? Tukang bebel yang bercekak pinggang berdiri di depan, tak sedar masa dah nak abis latihan n emotional ketika mempolish…? Hahaha…………. Harap2 sudah ada. Kata lagu Alyah…”Yang patah tumbuh, yang hilang berganti”.

    VAMP: Jimmy, lom ada penganti kamu. Like the new design meh? Must be bcos ada muka kamu, hehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s